CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Hanyut Lemas Ketika Cuba Pecah Rekod Dunia

4-12-2022 11:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1977| Komen: 14

Seorang penyelam bebas dari Sepanyol terpaksa diselamatkan selepas pengsan ketika menyelam pada kedalaman 125 meter di bawah paras laut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Miguel Lozano, cuba memecahkan rekod dunia untuk kategori selam bebas paling dalam sebelum menemui kegagalan.

Ketika kejadian, dia tiba-tiba tidak sedarkan diri dan mula hanyut jauh ke dalam laut di suatu lokasi di Kepulauan Caribbean.


Instagram / miguel_apnea

Lozano dikatakan tidak menggunakan tangki udara dan cuba melakukan percubaan itu dengan menahan nafas.

Rakaman kejadian memaparkan lima penyelam berenang ke arah Lozano untuk menyelamatkannya dengan menolaknya ke permukaan air.


Lebih menyedihkan adalah apabila jarak Lozano hanya tinggal 1.8 meter untuk memecahkan rekod dunia baharu. 

Menerusi video kejadian, badan Lozano ditarik oleh seorang penyelam sambil mulutnya ditutup supaya tidak menelan air. 

Lelaki kedua membantu mengekalkan posisi badan lelaki itu dalam keadaan menegak, manakala penyelam ketiga membantunya menyelam. Dua penyelam lain turut menolaknya ke permukaan air.


Instagram / miguel_apnea

“Kami selalunya cuba menyembunyikan kemalangan yang berlaku untuk mengelak memberi imej buruk terhadap aktiviti selam bebas dan mendekatkannya kepada masyarakat.

“Terima kasih kepada pasukan sekolah Roatan Freediving yang mempamerkan persembahan cemerlang dan mental untuk membolehkan saya menghadapi percubaan rekod dunia ini,” kata Lozano selepas kejadian itu.


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 4-12-2022 11:24 PM
Org selalu kata..kita selalu mati dgn perkara yg kita suka sgt..so, klu ko kojol pun dik, xpela sekurangnya ko mati sbb buat perkara yg ko suka...tp klu msh hidup..cuba2 lah menghargai nyawa ko tu..nyawa ni mahal harga die, tau tak???
Quote babysolaris 5-12-2022 07:07 AM
takda keja cari keja.. haha aduhhh
Quote sangbara2020 5-12-2022 07:54 AM
entah apa yg dpt xtau lah
Quote supernaturalee 5-12-2022 07:59 AM
yg dtg tlg tu mcm pakai tshirt je
ke tshirt kalis air
ada ek?
Quote airmineral 5-12-2022 09:33 AM
xde aor ke? patut kalau gini pape jadi dibiarkan aja
xpasal² risikokan nyawa org lain
Quote talapia 5-12-2022 10:42 AM
yg datang menyelamat pon free diver.. tak pakai tangki oksigen. Dah alang2 tu.. baik penyelamat tu aje yg pecahkan rekod dunia tu.. watpe la si mamat ni yg buat.. ujung2 pengsan
Quote KamikuP 5-12-2022 10:58 AM
Birunya air laut tu mesti dlm kan?
Quote margo20 5-12-2022 11:02 AM
Mmg dia nak bunuh diri kot sape tahu
Quote cranell 5-12-2022 01:10 PM
apende rescue xde standby scuba set.
Quote Sazreena 5-12-2022 02:26 PM
Laut dalam..sekali tiba muncul hewan laut yg rare lagi menakutkan..aku mmg takut deep sea..imaginasi liar tak bertepi.
Quote airfilterkotor 5-12-2022 02:28 PM
Hanyut...?
Quote boo07 29-11-2024 08:04 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Quote boo08 5-12-2024 08:36 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:36 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.191544 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top