View: 1307|Reply: 14
|
Lelaki Hanyut Lemas Ketika Cuba Pecah Rekod Dunia
[Copy link]
|
|
Seorang penyelam bebas dari Sepanyol terpaksa diselamatkan selepas pengsan ketika menyelam pada kedalaman 125 meter di bawah paras laut, lapor akhbar Daily Star semalam.
Miguel Lozano, cuba memecahkan rekod dunia untuk kategori selam bebas paling dalam sebelum menemui kegagalan.
Ketika kejadian, dia tiba-tiba tidak sedarkan diri dan mula hanyut jauh ke dalam laut di suatu lokasi di Kepulauan Caribbean.
 Instagram / miguel_apnea
Lozano dikatakan tidak menggunakan tangki udara dan cuba melakukan percubaan itu dengan menahan nafas.
Rakaman kejadian memaparkan lima penyelam berenang ke arah Lozano untuk menyelamatkannya dengan menolaknya ke permukaan air.
Lebih menyedihkan adalah apabila jarak Lozano hanya tinggal 1.8 meter untuk memecahkan rekod dunia baharu.
Menerusi video kejadian, badan Lozano ditarik oleh seorang penyelam sambil mulutnya ditutup supaya tidak menelan air.
Lelaki kedua membantu mengekalkan posisi badan lelaki itu dalam keadaan menegak, manakala penyelam ketiga membantunya menyelam. Dua penyelam lain turut menolaknya ke permukaan air.
 Instagram / miguel_apnea
“Kami selalunya cuba menyembunyikan kemalangan yang berlaku untuk mengelak memberi imej buruk terhadap aktiviti selam bebas dan mendekatkannya kepada masyarakat.
“Terima kasih kepada pasukan sekolah Roatan Freediving yang mempamerkan persembahan cemerlang dan mental untuk membolehkan saya menghadapi percubaan rekod dunia ini,” kata Lozano selepas kejadian itu.
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Org selalu kata..kita selalu mati dgn perkara yg kita suka sgt..so, klu ko kojol pun dik, xpela sekurangnya ko mati sbb buat perkara yg ko suka...tp klu msh hidup..cuba2 lah menghargai nyawa ko tu..nyawa ni mahal harga die, tau tak??? |
|
|
|
|
|
|
|
takda keja cari keja.. haha aduhhh |
|
|
|
|
|
|
|
entah apa yg dpt xtau lah |
|
|
|
|
|
|
|
yg dtg tlg tu mcm pakai tshirt je
ke tshirt kalis air
ada ek?  |
|
|
|
|
|
|
|
xde aor ke? patut kalau gini pape jadi dibiarkan aja
xpasal² risikokan nyawa org lain |
|
|
|
|
|
|
|
yg datang menyelamat pon free diver.. tak pakai tangki oksigen. Dah alang2 tu.. baik penyelamat tu aje yg pecahkan rekod dunia tu.. watpe la si mamat ni yg buat.. ujung2 pengsan |
|
|
|
|
|
|
|
Birunya air laut tu mesti dlm kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg dia nak bunuh diri kot sape tahu |
|
|
|
|
|
|
|
apende rescue xde standby scuba set. |
|
|
|
|
|
|
|
Laut dalam..sekali tiba muncul hewan laut yg rare lagi menakutkan..aku mmg takut deep sea..imaginasi liar tak bertepi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|