Artis atau golongan selebriti menanggal tudung atau mula berhijab adalah perkara biasa. Namun, seorang pelakon berstatus janda yang dikenali dengan imej seksi kini dilihat bertudung litup dengan sopan mencuri perhatian.
Portal hiburan Boom! melaporkan, pelakon berkenaan berbuat demikian atas permintaan kekasih barunya. “Ngam-ngam selepas gambar mereka berdua tular, masa itulah ramai sedar banyak entri di media sosialnya semakin berkurangan, sama ada dipadam atau disimpan. “Dan percayalah, penampilannya yang sopan menutup aurat itupun adalah atas permintaan kekasih baharunya.
“Jadi penghijrahan ditunjukkannya itu bukanlah datang dari hati seperti yang dia cakap sebelum ini,” kata sumber kepada BOOM!. Difahamkan, aktres berkenaan sebelum ini berpisah dengan suami atas sebab yang tidak diketahui punca sebenarnya. Dia dilihat tampil membuat kemunculan di kaca televisyen sebaik tamat tempoh idah dan menjadi bualan apabila timbul spekulasi mendakwa dirinya menjalin hubungan cinta dengan seorang aktor. - CARI |
ADVERTISEMENT