Baru-baru ini penyanyi Malaysia, Stacy Anam memuat naik satu video anak sulungnya Bella De Luna Valentina yang fasih bercakap dalam bahasa Inggeris namun mengekalkan slang Sabah yang rata-rata warganet suka dengan loghat anak dara penyanyi tersebut.
Bella merakan dirinya dengan menjelaskan tentang dirinya yang berada di pusat beli belah dengan menggunakan bahasa Inggeris yang dikatakan ingin membeli mesin basuh baharu. Malahan anaknya yang kedua juga pandai berbahasa Inggeris iaitu Eshaal yang baru sahaja lima tahun. Rata-rata netizen yang kebanyakkan orang sabah yang memenuhi ruangan komen tersebut puji dengan kelancaran bahasa kedua anak dara itu namun masih mengekalkan dialek Sabah yang agak pekat di situ. Sekadar info, Stacy atau nama sebenar Ummu Syaikhah Stacy dan Akim yang juga penyanyi kumpulan Akim & The Majistret berkahwin pada 5 Februari 2016. |
ADVERTISEMENT