Isteri Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik, 40, yang terbabit dalam kemalangan jalan raya hingga dirawat di sebuah hospital di sini, Rabu lalu, dilaporkan pulih.
Berkongsi berita gembira itu, Aaron, 46, lega dan bersyukur kerana isteri tersayang tidak mengalami kecederaan serius dan sudah kembali bekerja. "Alhamdulillah, Diyana semakin pulih. Dia sudah pun kembali bekerja selepas dua hari berehat di rumah. "Tidak dinafikan selepas kemalangan, Diyana trauma. Tetapi selepas melakukan ujian X-Ray dan mendapati tiada kecederaan serius, barulah dia lega," katanya kepada BH Online. Kelmarin, menerusi hantaran di Instagram (IG), Aaron yang meraih trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011 dan 2013 ini berkongsi rasa cemas apabila mendapat berita Diyana yang juga pengurus peribadinya, terbabit dalam kemalangan.
|
slyfynx replied at 3-12-2022 10:41 AM
Kene hit dr blkg, tp cerita macam kete terbabas langgar tiang letrik dan tiang tu jatuh hempap keret ...
ADVERTISEMENT