Pelakon terkenal, Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 38 menepis dakwaan dirinya hamil anak keempat. Dakwaan itu muncul ekoran sebuah video tular memaparkan ibu anak tiga ini sedang membeli belah tular di aplikasi TikTok memperlihatkan perutnya seperti mengandung. Tidak berdiam diri, Fasha menerusi ruangan komen di hantaran sebuah portal hiburan menjawab persoalan ramai sekaligus menganggap isu tersebut sebagai 'body shaming'. "Apa? Body Shaming. Memang kita ada perut tau sebab masa ni baru lepas makan," katanya.
Sekadar info, bintang drama Syurga Yang Kedua itu pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016 Hasil perkahwinan itu, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5. |
intan244 replied at 2-12-2022 08:46 AM
apa perut lepas makan sampai mcm tu sekali. kalau xnak mengaku biar je, xperlu menafikan. kalau Alla ...
orkid_amani replied at 2-12-2022 08:49 AM
Yg sebetulnya FS pregnant ka tak ni..nampak besar dah tu perut .bukan boleh sorok2 dah tu kalau gi ...
intan244 replied at 2-12-2022 08:46 AM
apa perut lepas makan sampai mcm tu sekali. kalau xnak mengaku biar je, xperlu menafikan. kalau Alla ...
ADVERTISEMENT