LAHAD DATU - Satu rakaman video menyayat hati menjadi tular di media sosial menunjukkan keadaan seorang bapa yang cedera sambil menangis teresak-esak melihat anak sendiri dibaham buaya. Difahamkan, kejadian yang berlaku di Lahad Datu itu berlaku ketika kanak-kanak lelaki berusia setahun dikatakan mendayung sampan bersama bapanya di perairan laut Pangkalan Marin pagi tadi. Bapa kanak-kanak itu dikatakan cuba menyelamatkan anaknya sehingga cedera dibeberapa bahagian badan dan kepala, namun gagal apabila anaknya dibawa oleh buaya tersebut.
Menerusi video yang dikongsi orang awam, dapat dilihat seekor buaya sedang membaham seorang anak kecil yang sepertinya sudah tidak bernyawa. Dalam video lain yang tular, ramai sebak melihat si bapa yang terlalu sedih sampai terduduk dan menangis teresak-esak. Namun, soalan perakam yang seolah-olah tak sensitif dengan situasi bapa membuatkan netizen berang. "Siapa suruh kau lari tadi kan sudah dimakan buaya?" soal perakam. Menurut kenyataan Balai Bomba & Penyelamat Lahad Datu, seorang mangsa berjaya diselamatkan orang awam manakala seorang lagi belum ditemui. Mangsa yang berjaya diselamatkan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Loading FB Post... Pasukan bomba masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama agensi lain di sekitar perairan lokasi kejadian. - CARI
|
JohnDeSouza replied at 2-12-2022 01:13 AM
boya boleh ada kat laut?
watatakut replied at 2-12-2022 01:28 AM
besar giler wei... trauma bapaknya tu. aku rasa tahun2 sudah macam pernah juga baca kes budak kena ...
JohnDeSouza replied at 2-12-2022 01:13 AM
boya boleh ada kat laut?
paz replied at 2-12-2022 07:30 AM
Sedih tgk bapa dia. Tengok video buaya tu trauma betul. Takut pulak nak pergi mandi manda laut dan s ...
ADVERTISEMENT