CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masih Berkawan Baik, Jasmin Hamid Melawat Bekas Suami Masuk ICU

1-12-2022 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5307| Komen: 20

Jasmin Hamid memaklumkan bekas suaminya iaitu Ian Rashid kini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) kerana serangan jantung.

Jasmin, 49, berkata dia bersama suaminya iaitu Nazmir Abd Rahim berkesempatan melawat Ian di hospital selepas menerima khabar duka itu.



Foto: IG

"Saya dah suami pergi menziarahi bekas suami saya Ian Rashid yang kini berada di wad ICU sebab kena serangan jantung... ada enam saluran tersumbat," katanya.

Meskipun sudah berpisah, Jasmin memberitahu bahawa dia masih lagi menjalinkan hubungan baik dengan bekas suaminya itu.

"Kami masih berkawan baik walaupun masing-masing dah ada pasangan baru. Beliau orang baik!" ujarnya.




Dalam pada itu, Jasmin mengakui terkejut apabila mengetahui mengenai keadaan kesihatan bekas suaminya itu.

Justeru itu, dia mengingatkan orang ramai agar membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui keadaan kesihatan masing-masing.



"Saya yang ada sakit jantung tapi sekarang beliau yang sihat wal'afiat sebelum ini pula yang berada di ICU sebab serangan jantung.

"Ini semua ketentuan Allah... Pergilah pemeriksaan doktor untuk tahu tahap kesihatan kita terutamanya jantung kerana serangan jantung adalah pembunuh dalam senyap," kongsinya.

Dalam kesempatan itu, Jasmin juga meminta orang ramai agar mendoakan kesihatan bekas suaminya itu.



"Mohon ehsan doa dari keluarga dan teman-teman yang saya sayangi buat bekas suami saya. Hanya Allah sahaja yang akan berikan ganjaran di atas segala kebaikan kalian yang sudi panjatkan doa buat Ian Rashid," ujarnya lagi.

Untuk rekod, Jasmin mendirikan rumah tangga bersama Ian Rashid pada tahun 2000 dan berpisah pada 2008.


Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ian Haziq.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-12-2022 06:32 PM
Bagusnya dia..            
Quote virgocircus 1-12-2022 06:37 PM
Bagus acik jasmin ni. Bapak ex laki meninggal dia tlg uruskan...ni ex laki sakit dia g melawat.
Semoga baik2 semuanya.
Quote bondeh 1-12-2022 06:39 PM
Kakak ipar kawan meolls pernah kerja dengan Ian nih (Ian bos). Dia cerita Ian selalu bgtahu JH rajin bekalkan makanan utk dia g kerja, padahal masatu dorang dah lama berpisah. Kiranya JH nih memang baik dgn dia. Ingatkan masatu dorang nak rujuk dah, tapi tiada jodoh buat mereka bersama..
Quote ezacbee 1-12-2022 09:56 PM
RR kena contohi akak JH.
Quote KirazMevsimi 2-12-2022 06:35 AM
moga diberi kesembuhan
Quote Purplehaz 2-12-2022 08:28 AM
Dah cerai baru rasa baik/nak berbaik
Quote arffa 2-12-2022 08:56 AM
makadek replied at 2-12-2022 06:43 AM
Dh baik napa cerai pelik tul

kekadang ada benda yang menyebabkan tak boleh hidup sebagai suami isteri, hanya boleh berkawan. dalam perkahwinan ni bukan sebab curang je boleh bercerai banyak lagi dugaan dalam perkahwinan kekadang tak logik di akal pun ada bercerai sebab cara picit ubat gigi tak menurut piawai suami/isteri.
Quote Cassieopeia 2-12-2022 09:04 AM
bagus dia yela ada ada sesama dr gaduh baikla elok2. diorg lg sesuai jd kawan dr jd laki bini
Quote zuriey 2-12-2022 09:09 AM
Lama kan dia menjanda..
Ank2 dah bujang semua baru menikah baru.
Quote prince_marhaen 2-12-2022 09:29 AM
laki baru sheols sangat jambu ye... pernah jumpa depan-depan...helokkk manis..jambu gila...macam anak-anak ikan tak pecah lobang tau... muka innocent ye...tak sangka kinky cougar...hehehehehehe
Quote kucingitam 2-12-2022 09:48 AM
arffa replied at 2-12-2022 08:56 AM
kekadang ada benda yang menyebabkan tak boleh hidup sebagai suami isteri, hanya boleh berkawan. da ...

hahaha betul..cara picit ubat gigi pun boleh jadi isu...
Quote She-Ra 2-12-2022 09:51 AM
arffa replied at 2-12-2022 08:56 AM
kekadang ada benda yang menyebabkan tak boleh hidup sebagai suami isteri, hanya boleh berkawan. da ...

tang cara picit ubat gigi tuuuuu... phew!!
suka tgk JH ni dr dlu.. tak pernah meroyan benda tak tentu pasal
Quote electricopop 2-12-2022 09:53 AM
Bagus lah... walaupun dh cerai, dia still bapak kepada anak dia.
Quote rainbowrainz 2-12-2022 10:15 AM
Iols suka jh ni...
Quote virgocircus 2-12-2022 10:25 AM
Iols igt lagi citer dia Minah Senget....kot tajuk dia? Mase tu tadika kot. Haha. Watak dia berkesan sbb smpi skang teringat2. G sekolah, dak2 laki duk ngejek dak2 pompan minah senget yey..minah senget.. lol
Quote ctsueraya 2-12-2022 10:38 AM
virgocircus replied at 2-12-2022 10:25 AM
Iols igt lagi citer dia Minah Senget....kot tajuk dia? Mase tu tadika kot. Haha. Watak dia berkesan  ...

ye WIN sgt cite tu sampai semua org duk cheer minah senget yeay, minah senget yeay
bleh requets RTM tayang balik tak??
iols pun ingat cite tu hahahahahaha
Quote rosedemon 2-12-2022 10:49 AM
semoga sorga buat jasmin
Quote marchikobonzo 2-12-2022 02:08 PM
Bagus acik yakinnya kamu..
Quote lasagna 2-12-2022 02:21 PM
bondeh replied at 1-12-2022 06:39 PM
Kakak ipar kawan meolls pernah kerja dengan Ian nih (Ian bos). Dia cerita Ian selalu bgtahu JH rajin ...

tapi msa dia org berpisah pun, iols masih tak tau nape..
tp tu la berpisah tak bermakna tak bleh jd kawan lagi.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.054971 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top