KOTA BHARU: Seorang buruh binaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap ‘kekasihnya’ yang berusia 12 tahun di sebuah rumah di Machang dekat sini baru-baru ini.
Tertuduh yang berusia 24 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang juga kanak-kanak berusia 12 tahun empat bulan sewaktu kejadian. Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Labok, Machang dekat sini kira-kira pukul 4 pagi pada 17 Oktober lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak itu di lokasi sama kira-kira pukul 2 pagi pada 19 November lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, Abu Arsalnaa tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan memohon tarikh untuk serahan dokumen. Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 3 Januari depan untuk sebutan semula kes. Utusan Online sebelum ini melaporkan, seorang buruh ditahan selepas dipercayai merogol kekasihnya yang merupakan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di sebuah rumah di Labok di sini baru-baru ini. Suspek dicekup kira-kira pukul 7 malam pada 21 November lalu selepas mangsa membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di sini pada pukul 6.40 pagi hari yang sama. Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintenden Mohd. Zahir Abdullah berkata, berdasarkan keterangan mangsa, suspek yang merupakan teman lelakinya mengambil kanak-kanak itu di rumah kira-kira pukul 12.30 tengah malam. “Siasatan mendapati, suspek mempunyai satu rekod lampau berkait kes persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii pada 2012 dan telah dihukum mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan,” katanya. – CARI Sumber: Utusan Online
|
Kitty_catz replied at 1-12-2022 06:48 PM
apa kata lobai paspispussss
bakingsoda replied at 1-12-2022 09:50 PM
24 ke 14 tahun tu yg kekasih nya pon sekolah ke tak tu, ntah makpak pon tak semenggah
gigahertz replied at 1-12-2022 09:27 PM
Geli dengar nama 12 tahun nak berkekasih bagai.
shernazz replied at 1-12-2022 09:34 PM
Kekasih umo 12 tahun
Ko pikir apa dek masa nak kapel.dgn kekasih ko yang budak lagi tu? Jimbit btol ...
gideoncross replied at 1-12-2022 10:30 PM
Umur 12 thun, entah2 baju sluar pun msih lgi mak cuci & susun kn dlm almari.
...berdasarkan keterangan mangsa, suspek yang merupakan teman lelakinya mengambil kanak-kanak itu di rumah kira-kira pukul 12.30 tengah malam....
ADVERTISEMENT