Ramai yang tidak menyangka bahawa suami kepada pengacara dan pelakon Shalma Ainaa, Wan Imar Izzat merupakan seorang penyanyi suatu ketika dahulu.
Menerusi perkongsian di TikTok, syarikat KRU Music telah memuat naik klip video Imar yang pernah tampil dengan lagu yang berjudul Pinggiran Syurga, pada tahun 2016. “Pinggiran Syurga – Wan Imar,” tulisnya. Malah, lagu tersebut telah direka khas bagi mengenang jasa bapanya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang telah meninggal dunia, pada 5 Mei 2016.
Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan memuji kebolehan Imar menyanyi. “Yaaa sayaaa sukaaa jugakkk laguu nii. Zaman dulu punya lagu best layan..Ni kisah pasal arwah bapak dia kan.. Sedih lagu ni. “Tak tahu pulak dia penyanyi wife dia shalma Ainaa kan?
|
ADVERTISEMENT