CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 948|Reply: 3

Ramai Terkejut Suami Shalma Ainaa Boleh Menyanyi, Siap Ada Single

[Copy link]
Post time 1-12-2022 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Ramai yang tidak menyangka bahawa suami kepada pengacara dan pelakon Shalma Ainaa, Wan Imar Izzat merupakan seorang penyanyi suatu ketika dahulu.


Menerusi perkongsian di TikTok, syarikat KRU Music telah memuat naik klip video Imar yang pernah tampil dengan lagu yang berjudul Pinggiran Syurga, pada tahun 2016.


Foto: IG




“Pinggiran Syurga – Wan Imar,” tulisnya.


Malah, lagu tersebut telah direka khas bagi mengenang jasa bapanya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang telah meninggal dunia, pada 5 Mei 2016.







Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan memuji kebolehan Imar menyanyi.


“Yaaa sayaaa sukaaa jugakkk laguu nii. Zaman dulu punya lagu best layan..Ni kisah pasal arwah bapak dia kan.. Sedih lagu ni.


“Tak tahu pulak dia penyanyi wife dia shalma Ainaa kan?




  



“Sedap suara dan lirik.


“Imar nyanyi memang sedap. Selalu dengar dia nyanyi degan Shalma. Love,” komen warganet.


Sedikit maklumat, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar merupakan salah seorang Ahli Parlimen di Kuala Kangsar yang mula berkhidmat sejak tahun 2013 sehingga 2016.




  



Allahyarham telah meninggal dunia kerana terlibat dalam nahas helikopter yang dinaikinya terputus hubungan dan hilang.


Malah, Imar juga merupakan adik kepada Wan Emir Astar iaitu suami kepada pelakon jelita Mira Filzah. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2022 03:54 PM | Show all posts
Ada iras wan ahmad fahysal
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 03:59 PM | Show all posts
Pernah dengar dia mengaji, sedap jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:44 AM | Show all posts
xlaku la tu. kihkih syiannn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.346559 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list