CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aeril Galak Bertiktok Dah Tak Nak Berlakon Ke? Ini Jawapannya

1-12-2022 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1128| Komen: 11

Description: Pelakon Aeril Zafrel cukup terkenal dengan kandungan-kandungan yang dikongsikan di platform media sosial miliknya.Jika tidak di Instagram, Aeril akan berkongsi video di TikTok dan dalam masa sama akti ...
Pelakon Aeril Zafrel cukup terkenal dengan kandungan-kandungan yang dikongsikan di platform media sosial miliknya.

Jika tidak di Instagram, Aeril akan berkongsi video di TikTok dan dalam masa sama aktif juga menciap pandangan-pandangan lucu di Twitter.



IG Aeril

Justeru, ramai dalam kalangan peminat tertanya adakah dia kini lebih memberi fokus pada kandungan digital media sosial berbanding karier lakonan?

Menjawab persoalan itu, Aeril yang ditemui pada acara Viu Upfront 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, dia sama sekali tidak melupakan bidang lakonan.

Menurut Aeril, dia dilihat kurang aktif muncul di layar kaca dan juga perak kerana sibuk mengelolakan bisnes dengan isteri tersayang.


“Tahun ini saya hanya berlakon sekali sahaja… itu pun untuk sebuah stesen televisyen swasta. Bukan tidak mahu aktif cuma saya perlu lihat jalan ceritanya.

“Bukan nak kata saya bagus, tapi saya pun ada hak untuk memilih. Tambahan pula, saya memang ada rumah produksi sendiri, jadi buat masa ini saya tidak akan berhenti daripada bidang lakonan,” katanya kepada Gempak.

Berkenaan dengan kekerapannya berkongsi kandungan di media sosial, Aeril berkata, kebanyakan perkongsian yang dilakukan adalah atas tuntutan bisnesnya.


IG Wawa

“Kalau tengok balik, saya tidaklah seaktif mana. Saya ada perniagaan… disebabkan hal itu, saya perlu juga berkongsi kandungan bagi mengikut trend.

“Dalam bahasa TikTok, kita nak masuk FYP lah. Jadi, mahu atau tidak kita perlu lihat apa yang trending, tidak boleh buat kandungan syok sendiri,” katanya lagi.


Sumber: Gempak





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 1-12-2022 03:14 PM
apa aje lakonan dia yg boleh diingati?
Quote codenamedream 1-12-2022 03:46 PM
cikatilia replied at 1-12-2022 03:14 PM
apa aje lakonan dia yg boleh diingati?

Mandatori

iols tgk sebab suka director tu bukan sebab aeril berlakon
Quote Tembikaigoreng 1-12-2022 04:05 PM
cikatilia: apa aje lakonan dia yg boleh d ...


Banyak kot LOLL
Quote minahmanja 1-12-2022 04:14 PM
cikatilia replied at 1-12-2022 03:14 PM
apa aje lakonan dia yg boleh diingati?

citer dia ngan nelly best.. satu lg ngan janna & mimi lana.. yg tu best..
Quote prince_marhaen 1-12-2022 04:28 PM
Jika tidak di Instagram, Aeril akan berkongsi video di TikTok dan dalam masa sama aktif juga menciap pandangan-pandangan lucu di Twitter.


LUCU??? CRINGE ada lahhh..... pastu content semua tiru lawak basi..acah2 kelakar.
Pose pose acah sooo supermodel... yihh...





Quote Perawankota 1-12-2022 05:37 PM
Actually cerita2 dia berlakon best jer.. Tapi dia ni poyo tu yg menyampaj
Quote renko 1-12-2022 06:20 PM
dah 'jual' lambo
skang pakai apa
Quote diamondhoney 1-12-2022 06:25 PM
Iols suka citer heols ngan elizad tu.. Slot samarinda.. Tak ingat tajuk
Quote virgocircus 1-12-2022 06:38 PM
diamondhoney replied at 1-12-2022 06:25 PM
Iols suka citer heols ngan elizad tu.. Slot samarinda.. Tak ingat tajuk

Alamak citer apa tu? Nak cari jugak...huhu
Quote virgocircus 1-12-2022 06:39 PM
Tgk kat ig pasha bulan bila ntah ade je drama dorang ni. Belum tayang lg kan?
Quote diamondhoney 1-12-2022 07:09 PM
virgocircus replied at 1-12-2022 06:38 PM
Alamak citer apa tu? Nak cari jugak...huhu

Untuk chuols iols google.. Cinta Tanpa Henti tajuk dia..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.210767 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top