CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sabar Di Persimpangan, Jangan Belok Ketika Lampu Merah Kalau Tak Nak Dikompaun RM300

1-12-2022 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 888| Komen: 4

Selagi tiada papan tanda “Belok Kiri Jika Tiada Kenderaan dan Pejalan Kaki”, pengguna jalan raya yang berada di simpang tiga dinasihatkan jangan sesekali membelok jika lampu isyarat belum bertukar hijau.


Pengguna jalan raya akan dikenakan kompaun RM300 jika melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat.


 Persimpangan jalan Raja Muda dan Padang Katong menjadi sibuk pada satu-satu masa menjadikan ada pengguna membelok tanpa ikut lampu isyarat. - Gambar Ihsan Sin Chew Daily

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad kelmarin memaklumkan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis telah menjalankan operasi bagi memastikan pengguna jalan raya di negeri ini patuh pada peraturan.


Operasi dijalankan di persimpangan Jalan Raja Muda ke Jalan Padang Katong, Kangar mulai 10 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Difahamkan, persimpangan ini antara yang paling sibuk disebabkan kepadatan penduduk sekali gus meningkatkan jumlah pengguna jalan raya pada satu masa.


Operasi di persimpangan Jalan Raja Muda – Padang Katong. – Gambar Ihsan FB JPST Perlis

Pada operasi ini, 190 buah kenderaan telah diperiksa dan 27 saman dikeluarkan atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

Manakala 13 lagi saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan lalu-lintas lain. 


Sumber: Suara Merdeka






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 1-12-2022 09:42 AM
Alah, Kangar boleh laaa. Kereta brp kerat je.
Cuba kat KL or Selangor ni. Cuba tgk?
Kat sekolah anak aku ni kalau nak belok kiri lepas antar anak sekolah, ikut lampu merah tu, hah mmg bercendawan lah ko kat situ. Lagi la Block semua jalan. Belok jelah kalau takde kereta dari kanan
Quote Highflyer19 1-12-2022 09:46 AM
Putrajaya byk papan tanda ni...
Quote kelana36 1-12-2022 09:46 AM
bukan dah kira standard ker kat mana mana pun, turn left when exit is clear..
Quote prettyuglybabe 1-12-2022 10:02 AM
i ingat rules ni terpakai kat mana-mana..
padan la ada kereta buat keras je tak nak bergerak even jalan clear..
kita punya la angin kat belakang

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.360811 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top