CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Meninggal Dunia Di Kerusi Kaunter Tandas Awam MBMB

1-12-2022 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 668| Komen: 1

Seorang warga emas yang juga pekerja tandas awam di Jalan Klebang Besar ditemui meninggal dunia pada malam Selasa.


Mohamad Ismail Saadah, 67, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kerusi kaunter tandas milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu.


Mohamad Ismail ditemui dalam tandas awam tempat dia bekerja pada malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu dan laporan polis telah diterima pada jam 8.25 malam.

"Siasatan mendapati tiada unsur jenayah pada mayat berkenaan.


"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Tambah beliau, punca kematian dipercayai akibat serangan jantung berdasarkan rekod kesihatan juga warga emas itu pernah menerima rawatan di hospital kerana menghidap penyakit itu tiga tahun lalu.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Sumber: Sinar Harian






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cassieopeia 1-12-2022 10:34 AM
kesiannya.. innalillahiwainnailaihirojiun

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.046550 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top