Tun Dr Mahathir mendakwa terdapat gerakan untuk membersihkan imej Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu mendakwa, langkah itu bagi memastikan laluan untuk Ahmad Zahid menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri licin.
“Mereka (pihak tertentu) kini sedang bersihkan imej (Ahmad) Zahid. Dalam sistem undang-undang kita, anda tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah… jadi mereka akan kata dia layak. “Mereka akan desak (agar Ahmad Zahid dapat jawatan TPM) sebab kalau UMNO tarik diri, kerajaan akan tumbang,” katanya memetik laporan The Malaysian Insight, hari ini. Pelbagai media hari ini melaporan bahawa Ahmad Zahid akan dilantik ke jawatan itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antaranya, Sin Chew yang melaporan sumber berkata, kemungkinan Zahid jadi TPM adalah tinggi. Ia kerana, laporan yang memetik sumber itu menyebut Zahid dilihat sebagai penggerak utama dalam pembentukan kerajaan perpaduan hari ini. Sumber itu juga membayangkan bahawa MCA dan MIC tidak akan mendapat sebarang pelantikan menteri. Malah, Berita Harian Online turut melaporkan kemungkinan Anwar akan mengumumkan senarai Kabinetnya esok. Akhbar arus perdana itu dalam laporan yang tidak menamakan sumber, berkata senarai Jemaah Menteri akan didedahkan dalam masa terdekat ini. Sumber: MalaysiaGazette |
mojarean_X replied at 1-12-2022 09:34 AM
Suka atau tak Zahid sebab Anwar jd PM. Tanpa Zahid, bila2 masa kerajaan bakal bertukar ngan PN
mojarean_X replied at 1-12-2022 09:34 AM
Suka atau tak Zahid sebab Anwar jd PM. Tanpa Zahid, bila2 masa kerajaan bakal bertukar ngan PN
xy_daen replied at 1-12-2022 10:27 AM
Macai PN kesentapan
creep_bite replied at 1-12-2022 11:53 AM
Mamak Bendahara ni masih bersuara lg...ingatkan dah mula tulih buku.
ADVERTISEMENT