CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kayu Pelapik Longgokan Tiang Elektrik Patah Sebelum Bergolek Hempap Mangsa

1-12-2022 07:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1163| Komen: 8

Kayu pelapik longgokan tiang elektrik dipercayai patah sebelum tiang itu bergolek menghempap tiga kanak-kanak lelaki di Kampung Belukar, Changlun di Kubang Pasu, kelmarin.

Ketua Polis Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, siasatan awal itu hasil temu bual orang awam yang berada di tempat kejadian.


Kayu pelapik tiang elektrik yang patah sebelum bergolek dan menghempap tiga kanak-kanak termasuk seorang meninggal dunia dalam kejadian di Kampung Belukar, Changlun di Kubang Pasu.

“Terdapat tiga kanak-kanak yang bermain di atas longgokan tiang elektrik tersebut. Apabila sebatang kayu yang digunakan untuk melapik tiang tersebut patah, longgokan itu bergolek dan terus menghempap mereka.


“Semua mangsa yang berusia 13, 11 dan 10 tahun dikeluarkan oleh orang awam dengan bantuan jentera untuk mengangkat tiang elektrik. 

“Mangsa yang berusia 10 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah dan seorang patah paha,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa yang cedera dibawa oleh pihak Bomba Bukit Kayu Hitam ke Hospital Jitra manakala si mati dibawa ke Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

“Siasatan awal pada badan si mati menunjukkan tiada kesan jenayah berlaku kecuali kecederaan parah pada bahagian kepala serta muka akibat dihempap tiang itu.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu meragut nyawa Muhammad Aqil Wafiq Ruslizan serta mengakibatkan dua rakannya cedera parah pada bahagian kaki dan badan. 


Sumber: UTUSAN





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 1-12-2022 07:40 AM
Kesiannya  tak memasal ..kdg nasib takbaik gak
Quote sangbara2020 1-12-2022 08:21 AM
aduhhh....kesiannya ...niat nak main2...xde pagar ke kawasan tu
Quote syamzana 1-12-2022 08:39 AM
salam takziah.
ni tmpt simpanan tiang letrik ke?byk nau tiangnya pun. mcm tak berpagar, bdk2 mmg kejaan dia nak main je la.
Quote jlo 1-12-2022 08:41 AM
Allahu.... al fatihah buat mangsa
Quote apech 1-12-2022 09:08 AM
Dalam kes ni, taktau nak salahkan siapa. Kalau kontraktor kena letak pagar elok2 siap ber pengawal, berapa pulak kos nak kena keluar. Sedangkan tempat tu dah macam jauh dari org ramai.. nampak tanah lapang je mmg untuk stockpile.

Bukan lebih pada mak ayah ke yg kena pantau anak. Lain lah kalau letak dekat tempat semppit, tempat org lalu lalang. Ye la kalau kena extra precaution.


Ke macam mana?
Quote apech 1-12-2022 09:11 AM
Mmg budak kerja dia nak keluar main2. Tapi zaman sekarang ni tak boleh macam tu. Aku ada anak. Mmg azab bila diorang kat rumah, tp aku tak mampu nak pantau kalau lepas main kat luar.

Kalau rasa upah pengasuh mahal, jgn la beranak ramai2..
Quote delsmomm 1-12-2022 09:34 AM
ape la reporter ni..kayu penahan ke pelapik.. kalau pelapik, yg aku paham alas kat bawah..
Quote Cassieopeia 1-12-2022 10:31 AM
tgk tiang tu kt kwsn lapang yg jauh jgk dengan org ramai. tapi mungkin mmg jd tempat budak2 main kot... xleh salahkan kontractor jgk tp kesiannyala.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.054684 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top