Datuk Yusry Abdul Halim tidak pernah menghalang isterinya, Datin Lisa Surihani untuk terus aktif berlakon. Jelas Yusry, Lisa tahu tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, namun masih lagi terbuka sekiranya produksi mampu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.
“Saya tak pernah kata tidak. Itu pilihan dia. Cuma, dia boleh jalani penggambaran selama 12 jam sehari. Itu ketetapan yang dia berikan. “Jika ada penerbit setuju, saya fikir Lisa tidak ada masalah. Saya sendiri sekarang mengamalkan masa penggambaran tidak lebih 12 jam.
“Kalau shooting terlalu lama, mood dan emosi boleh lari. Saya mahu kekalkan momentum, emosi kru serta pelakon. Jadi, saya tetapkan had masa kerja selama 12 jam sahaja,” katanya.
|
AKAZ85 replied at 26-11-2022 05:21 PM
Toksah laa berlakon dah.. Bukan tak kaya laki ko.. Ko pon bukan best berlakon dengan kayunye.. Cakap ...
ADVERTISEMENT