CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bila Datang Tengok Orang Sakit, Kita Jadi Tak Senang," Aeril Zafrel Tak Boleh Datang Melawat Nad Zainal

25-11-2022 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4848| Komen: 48

Description: Umum mengetahui berita sedih mengenai pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri, Selangor gara-gara mengalami paru-paru berdarah.
Umum mengetahui berita sedih mengenai pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri, Selangor gara-gara mengalami paru-paru berdarah.


Susulan itu, ramai rakan selebriti mengambil peluang untuk melawat Nad Zainal bagi melihat keadaannya yang dikatakan kritikal namun semakin stabil.

Foto: IG

Tidak terkecuali, pelakon Aeril Zafrel turut meluahkan hasratnya untuk melawat Nad Zainal di hospital namun tidak berupaya.

Memetik laporan Gempak, pelakon yang bakal tampil dalam drama Serpihan Sayang itu memaklumkan bahawa dia tidak mampu untuk melawat Nad Zainal di hospital kerana memiliki rasa keresahan (anxiety) akibat pengalaman peribadi.




“Disebabkan pengalaman peribadi sebelum ini, saya ada anxiety bila tengok seseorang dalam keadaah sebegitu (sakit). Saya nak melawat, tapi dalam masa sama anxiety tu datang.

“Saya rasa setengah orang tahu perasaan itu macam mana… bila kita datang tengok orang sakit, kita jadi tak senang. Insya-Allah, saya memang nak melawat Nad dan kalau ada masa, saya akan cuba ke hospital,” kongsinya kepada Gempak.



Sehubungan itu, Aeril memohon kepada orang ramai untuk sentiasa mendoakan Nad Zainal kembali sembuh dengan segera dan pulang kepada pangkuan keluarga. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 25-11-2022 05:33 PM
Laki aku ajak melawat nad dia minat lakonan nad
Beria dia
Quote oggy 25-11-2022 05:35 PM
Dia ni rapat dgn Nad ke.. atau lebih kepada mencapub je
Quote cikatilia 25-11-2022 05:52 PM
ada sapa ke yg suruh dia visit?
Quote Fly_over 25-11-2022 05:54 PM
iols takut tgk org sakit. kucing sakit.
Quote che-cikL 25-11-2022 05:58 PM
Ada org check attendance ke, yg dia kena justify?
Quote Rogue98 25-11-2022 06:02 PM
Orang lain sakit...dia pulak nak orang bagi attention kat dia
Quote Fly_over 25-11-2022 06:04 PM
Edited by Fly_over at 25-11-2022 07:30 PM

sapa je retis dah dtg melawat nad tu? sibuk je ramai2 kt hospital
Quote NBM 25-11-2022 06:29 PM
so what? perlu ke masuk forum
Quote ina_na 25-11-2022 06:49 PM
jd kalo wife atau anak2 dia sakit x leh tg ke sbb anxiaty..
Quote amyfaha 25-11-2022 06:59 PM
Kau gi estetik nipiskan bibir tebal ko ke kau ketip sendiri? Penat aku nengok kau bercakap sambil mulut mcm ade yg x kena.
Quote dua_chzy 25-11-2022 07:01 PM
Korang tak benci ke si Aeril ni? Boleh dia mencapub cerita pasal diri dia pula dengan pergunakan penyakit Nad Zainal?
Quote nylliette 25-11-2022 07:02 PM
nad kat icu kan. lawat apanya, mencapub je eril ni, lebih kpd nak buat konten je xdenya nak lawat sgt
Quote beatgirlX 25-11-2022 07:05 PM
Nad masih dlm ICU..x blh melawat kannn...
Lagipun kwn² baik Nad sndiri pun x bergegar² sgt post mcm²..
Apa pun semoga Nad terus diberikan kesembuhan
Quote September14 25-11-2022 07:09 PM
Xyh la melawat lg dia pun dlm icu.. doakan dr jauh je. Dtg sesakkan hosp watpe x tau ke tu lubuk penyakit.
Quote mama_cat 25-11-2022 07:11 PM
Narcissist sgt aih.. org lain yg kritikal dia nk jugak benda tu berkaitan ngan dia.. hang sapa ja ngan nad? kawan baik ka?
Quote asfaz 25-11-2022 07:16 PM
Takde sape kisah pun kau melawat Nad ke tak. Lagi pulak Nad masih dlm ICU. Dengki ke UI jadi pujian netizens sb amik berat pasal Nad,bagus cara penerangannya pasal apa terjadi kt Bad.  Kang kau nyibuk kat sana buat content ntah apa2 maklumat kau bagi. Bukan leh caya dia ni. Nak menyibuk segala hal
Quote ariellin 25-11-2022 07:22 PM
Bff nanad pun x updet n rekod bideo pasal nanad.. UI je jd spokeperson utk explain semua… ko tak yah nak menyibuk
Quote doubleharmonic 25-11-2022 07:32 PM
pegi la datang tengok babi kat kandang baru ko jadi tenang
Quote timah03 25-11-2022 07:35 PM
che-cikL replied at 25-11-2022 05:58 PM
Ada org check attendance ke, yg dia kena justify?

Hahahhahahahahaha....
Tapi dia bukan rapat pun dgn Nad...

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.177407 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top