PUTRAJAYA – Polis berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam sebuah lif di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berkenaan ditahan petang Khamis lalu di sekitar Pasar Kajang. Beliau berkata, suspek akan direman untuk siasatan kes di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. “Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa yang juga kanak-kanak berusia 12 tahun telah dicabul seorang lelaki dalam sebuah lif.
“Kejadian itu terbongkar selepas mangsa menceritakan insiden tersebut kepada ibunya. “Mangsa memaklumkan telah diraba dan pipinya dicium oleh suspek ketika menaiki lif dari aras G untuk ke tingkat lapan,” katanya ketika di hubungi di sini, hari ini. Katanya, suspek kemudian dikatakan terus lari di tingkat empat blok kediaman itu dan turun ke tingkat G sebelum menghilangkan diri dengan menaiki sebuah kereta. A Asmadi berkata, satu laporan dibuat ibu mangsa di Balai Polis Presint 7 Putrajaya, pada pagi semalam. “Siasatan awal mendapati, suspek berusia 19 tahun itu pernah menjadi anak murid kepada ibu mangsa di sebuah sekolah di Putrajaya,” katanya.-CARI Sumber: Kosmo
|
pinggan replied at 25-11-2022 12:56 PM
Shit. Pedo giler. Ni agak2 dah aim lama jugak la ni anak Cikgu dia. Bodoh gile. Trauma budak pompuan ...
kam3n replied at 25-11-2022 02:22 PM
Suspek umur 19 tahun? Biar betik! Badan macam dah 30an
#donebodyshaming
pooh~key replied at 25-11-2022 02:29 PM
Katanya kejadian di kuarters gomen presint 5 sis. Apa betui sisthur?
pooh~key replied at 25-11-2022 02:28 PM
Selalu kalau badan macam tu, nescaya koneknya bantut tak berapa nak perform sister. Hokeh akak don ...
ADVERTISEMENT