Sudah pastinya seluruh rakyat Malaysia tertunggu-tunggu di hadapan televisyen ataupun siaran langsung di media sosial sejak pukul 8 malam tadi bagi mendengar 'amanat' Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Sosok pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) itu akhirnya muncul sekitar pukul 9 malam dengan ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun kelihatan sibuk menjawab panggilan telefon daripada pemimpin antarabangsa sekitar 10 minit sebelum memulakan sidang media. Anwar memulakan sidang media dengan menzahirkan ikrarnya untuk membawa perubahan kepada Malaysia. Berikut adalah antara intipati sidang media Perdana Menteri ke-10 ini:
Sidang media pertama Anwar sebagai perdana menteri ke-10 pada Khamis malam. Anwar ketika sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. 1) Anwar mengisytihar cuti umum pada Isnin (28 November 2022). "Alhamdulillah, saya akan menunaikan janji dan mengalihkan cuti kepada Isnin minggu depan," ujarnya. 2) Selepas dilantik menjadi perdana menteri pada Khamis, Anwar mengulangi ikrar untuk tidak mengambil gaji bagi jawatan tersebut. Beliau berkata, perkara itu adalah langkah pertama yang diambil bagi memulihkan keyakinan rakyat. 3) Anwar menegaskan kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Bagaimanapun, Anwar berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan parti lain termasuk Perikatan Nasional (PN). 4) Anwar juga menegaskan, kerajaan perpaduan pimpinannya tidak akan bertolak ansur dalam hal melibatkan rasuah dan penyelewengan. "Tata kelola dalam pentadbiran saya perlu dikemas kini, bukan untuk mengungkit kisah lama tapi ini disepakati sebagai syarat dalam pembentukan kerajaan perpaduan," katanya. 5) Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) berkemungkinan daripada Barisan Nasional (BN) dan juga kepada Sabah atau Sarawak. Beliau berkata akan memaklumkannya apabila sudah membuat keputusan. 6) Sidang Dewan Rakyat akan diadakan pada 19 Disember ini. Selain majlis mengangkat sumpah semua Ahli Parlimen, agenda lain adalah membentangkan usul percaya kepada perdana menteri. Jelasnya, usul percaya itu bakal membuktikan keabsahan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat terhadapnya. "Dengan ketatapan ini, tidak timbul keresahan tentang keabsahan sokongan yang ada," katanya. 7) Kerajaan perpaduan akan meneruskan usaha memartabatkan Bahasa Melayu dan agama Islam di negara ini. Anwar berikrar akan mengangkat hak Bumiputera dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. 8) Kerajaan perpaduan akan memberi fokus kepada pemulihan ekonomi. -CARI Sumber: mStar Online
|
sufi^_^ replied at 25-11-2022 11:38 AM
Kenapa takjub sangat kalau dia tak ambik gaji pm, berapa kupang sangat gaji pm tu berbanding reta di ...
nellyberry replied at 25-11-2022 11:35 AM
Soalan :
1) Sampai bila dia tak nak ambik gaji PM? Elaun tak ambik jugak ke?
azurro replied at 25-11-2022 11:51 AM
Anwar mmg bijak, mmbuktikan keabsahan sokongan trhadapnya di parlimen itu perlu utk meyakinkan pelab ...
nellyberry replied at 25-11-2022 11:35 AM
Soalan :
1) Sampai bila dia tak nak ambik gaji PM? Elaun tak ambik jugak ke?
monreyes replied at 25-11-2022 12:03 PM
ckp omputeh la..pemimpin luar nak tgk...
adelea replied at 25-11-2022 11:30 AM
kenapa dia suka ckp english ...
yg malam PRU tu pon ... kul 3 pg aku ingat sidang media white house ...
sufi^_^ replied at 25-11-2022 11:38 AM
Kenapa takjub sangat kalau dia tak ambik gaji pm, berapa kupang sangat gaji pm tu berbanding reta di ...
nellyberry replied at 25-11-2022 11:35 AM
Soalan :
1) Sampai bila dia tak nak ambik gaji PM? Elaun tak ambik jugak ke?
Kak-Rohana replied at 25-11-2022 12:20 PM
Elon Musk sedang memerhati dek! Mana tau Bam Elok invest…nak tolong Kelantan gerudi nadir bumi be ...
axl_bach replied at 25-11-2022 11:55 AM
Juga sgt berani dan konfiden. Sbb kalau dia kalah undi, maka dia akan jadi PM tersingkat......Mung ...
ulamalu replied at 25-11-2022 12:37 PM
Dia gamble. Dia tahu PN x akan buat undi x percaya, derhaka Agong.
adelea replied at 25-11-2022 11:30 AM
kenapa dia suka ckp english ...
yg malam PRU tu pon ... kul 3 pg aku ingat sidang media white house ...
HabukBesi replied at 25-11-2022 12:10 PM
soalan no 1 tu walaupun dia tak jadi PM tepi dah, mungkin dia banyak job tepi
ADVERTISEMENT