CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3984|Reply: 82

45 Minit Sidang Media Pertama Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri, 8 Perkara Yang Rakyat Malaysia Patut Tahu

  [Copy link]
Post time 25-11-2022 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Sudah pastinya seluruh rakyat Malaysia tertunggu-tunggu di hadapan televisyen ataupun siaran langsung di media sosial sejak pukul 8 malam tadi bagi mendengar 'amanat' Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.


Sosok pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) itu akhirnya muncul sekitar pukul 9 malam dengan ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun kelihatan sibuk menjawab panggilan telefon daripada pemimpin antarabangsa sekitar 10 minit sebelum memulakan sidang media.


Anwar memulakan sidang media dengan menzahirkan ikrarnya untuk membawa perubahan kepada Malaysia.




Foto: mStar Online




Berikut adalah antara intipati sidang media Perdana Menteri ke-10 ini:


Sidang media pertama Anwar sebagai perdana menteri ke-10 pada Khamis malam.


Anwar ketika sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.


1) Anwar mengisytihar cuti umum pada Isnin (28 November 2022).


"Alhamdulillah, saya akan menunaikan janji dan mengalihkan cuti kepada Isnin minggu depan," ujarnya.


2) Selepas dilantik menjadi perdana menteri pada Khamis, Anwar mengulangi ikrar untuk tidak mengambil gaji bagi jawatan tersebut. Beliau berkata, perkara itu adalah langkah pertama yang diambil bagi memulihkan keyakinan rakyat.


3) Anwar menegaskan kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Bagaimanapun, Anwar berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan parti lain termasuk Perikatan Nasional (PN).


4) Anwar juga menegaskan, kerajaan perpaduan pimpinannya tidak akan bertolak ansur dalam hal melibatkan rasuah dan penyelewengan.


"Tata kelola dalam pentadbiran saya perlu dikemas kini, bukan untuk mengungkit kisah lama tapi ini disepakati sebagai syarat dalam pembentukan kerajaan perpaduan," katanya.


5) Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) berkemungkinan daripada Barisan Nasional (BN) dan juga kepada Sabah atau Sarawak. Beliau berkata akan memaklumkannya apabila sudah membuat keputusan.


6) Sidang Dewan Rakyat akan diadakan pada 19 Disember ini. Selain majlis mengangkat sumpah semua Ahli Parlimen, agenda lain adalah membentangkan usul percaya kepada perdana menteri.


Jelasnya, usul percaya itu bakal membuktikan keabsahan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat terhadapnya.


"Dengan ketatapan ini, tidak timbul keresahan tentang keabsahan sokongan yang ada," katanya.


7) Kerajaan perpaduan akan meneruskan usaha memartabatkan Bahasa Melayu dan agama Islam di negara ini. Anwar berikrar akan mengangkat hak Bumiputera dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.


8) Kerajaan perpaduan akan memberi fokus kepada pemulihan ekonomi. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 11:30 AM | Show all posts
kenapa dia suka ckp english ...
yg malam PRU tu pon ... kul 3 pg aku ingat sidang media white house ...
tokojut den
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:35 AM | Show all posts
Soalan :

1) Sampai bila dia tak nak ambik gaji PM? Elaun tak ambik jugak ke?
2) Kalau PN join kerajaan unity ni, siapa yg jadi pembangkang?
3) If Undi Percaya kepada PM tu tak menyebelahi DSAI, apa jadi? Ada PM baharu pulak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:38 AM | Show all posts
Kenapa takjub sangat kalau dia tak ambik gaji pm, berapa kupang sangat gaji pm tu berbanding reta dia. Dia tak ambik gaji pm rakyat ingat dia hidup macam marhaein ke yang nak takjub sangat?

Selama ni dia kerja apa, mewah juga kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:41 AM | Show all posts
sufi^_^ replied at 25-11-2022 11:38 AM
Kenapa takjub sangat kalau dia tak ambik gaji pm, berapa kupang sangat gaji pm tu berbanding reta di ...

Tak ambil gaji, boleh ambil elaun...
gaji PM, gaji Pak Menteri boleh dipotong, Elaun boleh dinaikkan.

kiranya sudah tertunai jugak janji.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
nellyberry replied at 25-11-2022 11:35 AM
Soalan :

1) Sampai bila dia tak nak ambik gaji PM? Elaun tak ambik jugak ke?

Betul jgk persoalan uols ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2022 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Anwar mmg bijak, mmbuktikan keabsahan sokongan trhadapnya di parlimen itu perlu utk meyakinkan pelabur supaya tak ragu² melabur d malaysia, bkn mcm abah kau sblum ni pngecut di parlimen bila dicabar tkut hlang skngan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
azurro replied at 25-11-2022 11:51 AM
Anwar mmg bijak, mmbuktikan keabsahan sokongan trhadapnya di parlimen itu perlu utk meyakinkan pelab ...

Juga sgt berani dan konfiden. Sbb kalau dia kalah undi, maka dia akan jadi PM tersingkat......Mungkin dia dah bincang dgn MP lain yg perlu nya keabsahan sbb nak yakin kan legitimasi kerajaan demi kestabilan politik sekaligus meyakinkan pelabur yg negara kita menuju kestabilan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ckp omputeh la..pemimpin luar nak tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:10 PM | Show all posts
nellyberry replied at 25-11-2022 11:35 AM
Soalan :

1) Sampai bila dia tak nak ambik gaji PM? Elaun tak ambik jugak ke?

soalan no 1 tu walaupun dia tak jadi PM tepi dah, mungkin dia banyak job tepi
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:13 PM | Show all posts
monreyes replied at 25-11-2022 12:03 PM
ckp omputeh la..pemimpin luar nak tgk...

kata nak memartabatkan bahasa melayu, kenapa nak kena cakap omputih boleh je letak sari kata kt vid tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 25-11-2022 11:30 AM
kenapa dia suka ckp english ...
yg malam PRU tu pon ... kul 3 pg aku ingat sidang media white house ...

Elon Musk sedang memerhati dek! Mana tau Bam Elok invest…nak tolong Kelantan gerudi nadir bumi beratus biliyun itew cam kt Kalimantan tu dek
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:29 PM | Show all posts
sufi^_^ replied at 25-11-2022 11:38 AM
Kenapa takjub sangat kalau dia tak ambik gaji pm, berapa kupang sangat gaji pm tu berbanding reta di ...

kannn
selama dia di penjara .. mana dtg income dia ...
klu dr anak and bini dia yg sara .. masalahnya declare asset dia lagi byk dr dr.jijah and ijah
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 25-11-2022 12:33 PM
nellyberry replied at 25-11-2022 11:35 AM
Soalan :

1) Sampai bila dia tak nak ambik gaji PM? Elaun tak ambik jugak ke?


no 1..dh lama kang..orng dh tak igt...dendiam...dia amik la...mana tahan asyik megi jer...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:31 PM | Show all posts
Kak-Rohana replied at 25-11-2022 12:20 PM
Elon Musk sedang memerhati dek! Mana tau Bam Elok invest…nak tolong Kelantan gerudi nadir bumi be ...

ahahaha
apo ???
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 25-11-2022 11:55 AM
Juga sgt berani dan konfiden. Sbb kalau dia kalah undi, maka dia akan jadi PM tersingkat......Mung ...

Dia gamble.  Dia tahu PN x akan buat undi x percaya, derhaka Agong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti kotakan hapuskan cluster mahkamah..


Mcm mende lain taknak amek gaji menteri tu aku tak kesah pun

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ulamalu replied at 25-11-2022 12:37 PM
Dia gamble.  Dia tahu PN x akan buat undi x percaya, derhaka Agong.

Yg akan luluskan usul undi percaya bukan PN sebaliknya speaker. Jadi PN derhaka atau tidak x timbul rasanya....Mmg suicidal, ataupun mmg Bangnon dah ada solid sokongan blok2 kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 25-11-2022 11:30 AM
kenapa dia suka ckp english ...
yg malam PRU tu pon ... kul 3 pg aku ingat sidang media white house ...

Ok lah tuh..masa apak dafi ckp melayu, korang kutuk2 plak dia xpndi bi..nih dah dpt pm can speaking oun bermslh. Xfhm forrumers2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:44 PM | Show all posts
HabukBesi replied at 25-11-2022 12:10 PM
soalan no 1 tu walaupun dia tak jadi PM tepi dah, mungkin dia banyak job tepi

Bukan job tepi tapi duit dan fund tepi banyak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.098299 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list