|
Kuala Terengganu: Umno Terengganu akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat bagi menyiasat sumber kewangan Perikatan Nasional (PN) sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Said berkata, PN di Terengganu didakwa membelanjakan wang yang banyak ketika PRU-15. Beliau yang juga bekas Menteri Besar Terengganu berkata, laporan akan dibuat pihaknya bagi meminta SPRM menyiasat sumber kewangan parti berkenaan. "Jadi kita minta SPRM siasatlah dari mana punca kewangan yang begitu banyak
"(Setakat hari ini) kita masih belum buat laporan kerana saya masih berada di Kuala Lumpur dan Insya-Allah, dalam sehari dua lagi, kita akan buat laporan kepada SPRM," katanya dihubungi hari ini. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Suchi replied at 24-11-2022 03:51 PM
Aritu pun ada poremer bgtau pasal ni iols pun terkejut sbb mmg dorang punya kempen paling meriah.
Yg ...


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
23-2-2026 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.050953 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.