SHAH ALAM – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan enam negeri dijangka selewat-lewatnya selepas Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbincangan akan dilakukan bersama menteri besar negeri tersebut iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) dapat dijalankan serentak. Katanya, ini bagi memastikan kos bagi mengadakan PRN itu tidak tinggi. “Kita pada asasnya bersetuju walaupun tidak rasmi adalah untuk bubarkan bersama-sama. Ini sedikit sebanyak bagi menjamin pilihan raya yang lebih cepat dan sekiranya dibuat asing, kos akan bertambah.
“Kita akan tengok dulu keadaan kerajaan persekutuan, cuaca dan sebagainya. Saya tidak boleh sebut bayangan (tarikh khusus bubar), tetapi kemungkinan sampai selepas hari raya agak besar. Namun, kita akan lihat dan tertakluk kepada perbincangan dengan negeri lain,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada perbincangan dilakukan antara Selangor dan lima negeri lain mengenai pembubaran serentak DUN. Amirudin yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor turut memaklumkan asas enam negeri termasuk Selangor tidak membubarkan DUN sebelum ini juga disebabkan ada perbincangan secara tidak rasmi mengenainya. Tambah beliau, sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat mengadakan PRN bagi enam negeri tersebut sekali gus adalah amat baik. “Ini bukan masalah menang, kalah, peluang dan siapa nak gulung siapa. Ini masalah sebahagiannya sebab kos dengan pegawai kita seperti SPR. “Kalau SPR dapat kawal enam sekali gus sangat baik. Kalau kena buat tiap-tiap bulan ada pilihan raya ia akan mengambil kos tinggi dan bagi saya akan menghilangkan fokus kepada negara yang berdepan cabaran besar pada tahun depan,” jelasnya. – CARI Sumber: Kosmo
|
airmineral: xfaham la apesal nk bubar? men ...
airmineral replied at 24-11-2022 07:59 PM
xfaham la apesal nk bubar? menghabiskan duit gomen je woi
MarryPottet replied at 25-11-2022 11:30 AM
Dah cukup 1 penggal memang wajib kena bubar
dun untuk buat pemilihan baru bagi sessi pru15
6 nege ...
MarryPottet replied at 25-11-2022 11:30 AM
Dah cukup 1 penggal memang wajib kena bubar
dun untuk buat pemilihan baru bagi sessi pru15
6 nege ...
akies replied at 25-11-2022 01:14 PM
So kena celup dakwat lagi la pasni ..
Harap2 masa tu ada promo makanan macam aritu.
Barulah berseman ...
ultra78 replied at 25-11-2022 11:36 AM
Kat Kelantan tu biar lebai menang tanpa bertanding aje..Buang masa buat pilihanraya.Orang Shah Alam ...
akies replied at 25-11-2022 01:14 PM
So kena celup dakwat lagi la pasni ..
Harap2 masa tu ada promo makanan macam aritu.
Barulah berseman ...
pinggan replied at 25-11-2022 11:23 AM
"Katanya, ini bagi memastikan kos bagi mengadakan PRN itu tidak tinggi."
Tidak tinggi tu tak tepat. ...
shernazz replied at 25-11-2022 01:22 PM
Iols nak celup semua jadi bagi mcm inai nun ha
Suchi replied at 25-11-2022 01:28 PM
Inai spr kat jari iols skrg ni cuma tinggal kat kuku je.sbb iols bersihkan yg jari2 tu so biarkan ...
ADVERTISEMENT