Dua tiga hari ini, tumpuan rakyat dan juga media terarah kepada situasi politik negara yang masih belum menemui titik noktahnya. Pelbagai teka-teki dengan penuh debaran di hati rakyat menanti pengumuman rasmi daripada Istana Negara mengenai calon Perdana Menteri Ke-10. Tumpuan utama ketika ini sudah tentunya Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap kenyataan yang keluar dari mulut mereka berdua pasti menjadi tajuk utama berita. Memetik Mstar, klip video terbaru memeparkan Ahli Parlimen Tambun itu menyantuni petugas media yang "berkampung" di halaman rumahnya di Sungai Long, Kajang ada Rabu, menjadi perhatian selepas dimuat naik oleh pelayar bernama @yonahwah di Twitter.
Individu berkenaan dilihat begitu kreatif "membedah" atau merungkai maksud di sebalik video berkenaan. Menerusi satu bebenang (thread), pelayar tersebut merungkai isyarat yang didakwanya cuba disampaikan Anwar menerusi kata-kata spontan serta makanan berupa nasi ayam goreng kunyit yang disumbangkan kepada media. “Berita baik, lunch is served” kata DS @anwaribrahim. Let’s decode this. Hahahaha.Tak payah panjang2. Memang tau dah apa maksud dia. Come on Malaysia takkan tak paham lagiiii!" tulis pelayar berkenaan. Berikut adalah huraiannya.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|