CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Esok Cuti Ke' Mula Trending Di Media Sosial

22-11-2022 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1210| Komen: 16

Kuala Lumpur: Selain menanti siapa bakal dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10, rata-rata pengguna laman sosial yang mengikuti perkembangan politik negara ketika ini juga mahu mengetahui jika ada atau tidak cuti umum seandainya kerajaan baharu dibentuk.


Tinjauan Harian Metro di laman sosial mendapati 'esok cuti ke' antara kata kunci popular terutama di Facebook (Fb) dan Twitter.

Rata-rata hantaran dan ciapan itu dimuat naik pengguna laman sosial sejak kelmarin iaitu pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Gambar Hiasan

"Esok cuti ke tidak? Ada siapa-siapa boleh 'comfirm' (sahkan) tak?," tulis Sahbullah Darwi di Facebook (Fb) miliknya.


"Sekarang ni cuma saya nak tahu, esok cuti ke tak. Cuti pun tergantung," tulis pengguna Fb, Sharifah Nur Afifahz

"Tak nak tahu drama. Nak tahu esok cuti ke tak?," ciap pengguna Twitter, Aisyah.

Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara yang tersebut di atas.

Susulan itu, memandangkan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah, Seri Paduka Baginda menitah perkenan untuk ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional menghadap pada jam 4.30 petang tadi di Istana Negara.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian tiba di Istana Negara di sini, 4.06 petang tadi.

Manakala, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 4.11 petang diiringi beberapa kenderaan lain.

Pengamal media masih berkumpul di luar perkarangan Istana Negara bagi menanti pergerakan dua tokoh politik berkenaan dan kenyataan rasmi daripada mereka. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kitmal 22-11-2022 06:14 PM
rugi cuti esok...hari jumaat atau isnin la...
Quote shernazz 22-11-2022 06:15 PM
Harap jumaat ni coti
Isnin iols ada appt..jangan coti.lahhhh.....
Quote imanjannah 22-11-2022 06:17 PM
nak cuti jumaat ni
Quote lurve82 22-11-2022 06:18 PM
Mohon cuti jumaat pleaseee
Quote kerunai 22-11-2022 06:21 PM
cuti jumaat la ..naya rakyat ni....tak cukup cuti ,,mesia la antara negara yg paling lokek cuti au ..nyampah
Quote genUmi 22-11-2022 06:21 PM
mohon cuti dua hari
khamis jumaat
Quote msdummy.2018 22-11-2022 06:28 PM
Tak cuti aku cakap..sila kerja yach
Quote Perawankota 22-11-2022 06:47 PM
Memang wajib dapat cuti ke?
Quote tagas 22-11-2022 07:07 PM
Byk cowti

byk abis duittt
Quote azimie 22-11-2022 07:08 PM
#vote for cuti jumaat
Quote mojarean_X 22-11-2022 07:09 PM
#votecutiisnin
Quote green~tea 22-11-2022 07:10 PM
Takyah la cuti esok aku nak shopping ferragamo vip sale 40% dengan colleagues... tadi tak sempat hurung butik plak sbb ada geng lambat abes meeting
Quote misc 22-11-2022 07:10 PM
Cuti isnin depan la. Malas nak masuk meeting back to back nih.
Quote awenda507 22-11-2022 09:27 PM
Cuti jumaat. Isnin aku ade training
Quote rosedemon 23-11-2022 09:38 AM
nak cuti cuti jela alah xyah la sebok harap gomen
Quote boo06 27-11-2024 01:22 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.089598 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top