View: 916|Reply: 16
|
'Esok Cuti Ke' Mula Trending Di Media Sosial
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Selain menanti siapa bakal dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10, rata-rata pengguna laman sosial yang mengikuti perkembangan politik negara ketika ini juga mahu mengetahui jika ada atau tidak cuti umum seandainya kerajaan baharu dibentuk.
Tinjauan Harian Metro di laman sosial mendapati 'esok cuti ke' antara kata kunci popular terutama di Facebook (Fb) dan Twitter.
Rata-rata hantaran dan ciapan itu dimuat naik pengguna laman sosial sejak kelmarin iaitu pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
 Gambar Hiasan
"Esok cuti ke tidak? Ada siapa-siapa boleh 'comfirm' (sahkan) tak?," tulis Sahbullah Darwi di Facebook (Fb) miliknya.
"Sekarang ni cuma saya nak tahu, esok cuti ke tak. Cuti pun tergantung," tulis pengguna Fb, Sharifah Nur Afifahz
"Tak nak tahu drama. Nak tahu esok cuti ke tak?," ciap pengguna Twitter, Aisyah.
Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara yang tersebut di atas.
Susulan itu, memandangkan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah, Seri Paduka Baginda menitah perkenan untuk ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional menghadap pada jam 4.30 petang tadi di Istana Negara.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian tiba di Istana Negara di sini, 4.06 petang tadi.
Manakala, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 4.11 petang diiringi beberapa kenderaan lain.
Pengamal media masih berkumpul di luar perkarangan Istana Negara bagi menanti pergerakan dua tokoh politik berkenaan dan kenyataan rasmi daripada mereka. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
rugi cuti esok...hari jumaat atau isnin la... |
|
|
|
|
|
|
|
Harap jumaat ni coti
Isnin iols ada appt..jangan coti.lahhhh.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohon cuti jumaat pleaseee  |
|
|
|
|
|
|
|
cuti jumaat la ..naya rakyat ni....tak cukup cuti ,,mesia la antara negara yg paling lokek cuti au ..nyampah |
|
|
|
|
|
|
|
mohon cuti dua hari
khamis jumaat |
|
|
|
|
|
|
|
Tak cuti aku cakap..sila kerja yach |
|
|
|
|
|
|
|
Memang wajib dapat cuti ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Byk cowti
byk abis duittt  |
|
|
|
|
|
|
|
#vote for cuti jumaat  |
|
|
|
|
|
|
|
Cuti isnin depan la. Malas nak masuk meeting back to back nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuti jumaat. Isnin aku ade training |
|
|
|
|
|
|
|
nak cuti cuti jela alah xyah la sebok harap gomen |
|
|
|
|
|
|
|
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
|
|
|
|
|
|
|
| |
|