CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Rayuan Rosmah Mansor: Mahkamah Arah Pendakwaan, Pembelaan Fail Hujah Lanjut Isu Bidang Kuasa

22-11-2022 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 693| Komen: 7

Description: Putrajaya: Pasukan pendakwaan dan pembelaan perlu memfailkan hujahan lanjut berhubung sama ada Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dua rayuan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim M ...
Putrajaya: Pasukan pendakwaan dan pembelaan perlu memfailkan hujahan lanjut berhubung sama ada Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dua rayuan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya.


Rosmah, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu merayu terhadap dua keputusan Hakim Mohamed Zaini pada 14 Dis 2021 dan 25 April lepas yang menolak permohonan Rosmah bagi beliau menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hanipah Farikullah berkata, panel itu telah membaca hujahan bertulis yang difailkan kedua-dua pihak, dan mahkamah berpendapat ada perkara awal berhubung isu bidang kuasa yang perlu didengar terlebih dahulu.


Foto: Harian Metro


"Ia berhubung sama ada perkara ini boleh dirayu di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (COJA) dibaca bersama Seksyen 51 COJA.

"Jadi, mahkamah memberi tempoh sebulan kepada kedua-dua pihak untuk memfailkan hujahan bertulis lanjut mengenai perkara itu," kata Hakim Hanipah yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan.

Seksyen 3 COJA menyatakan bahawa istilah 'keputusan' bermaksud penghakiman, hukuman atau perintah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi, tetapi tidak termasuk apa-apa keputusan yang dibuat semasa perbicaraan atau pendengaran apa-apa kausa atau perkara, yang akhirnya tidak melupuskan hak pihak-pihak berkaitan.

Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn memberitahu pemberita bahawa rayuan akan ditetapkan bagi pengurusan kes pada 23 Dis sementara menunggu pemfailan hujahan lanjut.

Peguam Datuk Geethan Ram Vincent dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, mewakili Rosmah, yang hadir di mahkamah hari ini.

Dalam permohonannya itu, Rosmah antara lain menyatakan alasannya adalah untuk mengelak sebarang kemungkinan Hakim Mohamed Zaini bersikap prejudis dan berat sebelah terhadapnya jika beliau mengetuai kes pengubahan wang haram, memandangkan hakim yang sama turut mendengar satu lagi kes perbicaraan rasuah yang dihadapinya, berkaitan projek hibrid solar yang melibatkan sekolah luar bandar di Sarawak.

Rosmah, 70, berhadapan dengan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Sementara itu kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai ditetapkan untuk pengurusan kes pada 29 November di hadapan Hakim Mohamed Zaini.

Pada 1 September lalu, Hakim Mohamed Zaini mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Mahkamah juga memerintahkan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote totokreturn. 22-11-2022 06:43 PM
so bila nak masuk jail ni?
Quote Perawankota 22-11-2022 06:46 PM
Mcmanalah kalau dia, betul2 masuk jail..

Anyway, korang jgnlah buat2 muka klu x nak jadik mcmni.. Padahal dulu masa muda, cantik jer dia.
Quote lightheaded67 22-11-2022 07:07 PM
tak baloi betul sakau, ujung2 naik turun mahkamah aje. biak duit pakai niaga ke francais chatime ke stesen minyak ker haper ke ade gak pekdah masa tua, tp dh napsu beso sgt rase kan lah sndirik yg letih nk melayan. tak dapek nk nolong
Quote makneng 22-11-2022 07:22 PM
Penatlah jadi bikmah ni. Ingat dah tua renta boleh lah hidup aman2, holiday sana sini n ulit2 cucu. Nasib kau la bikmah. Nasib yg kau pilih sendiri.
Quote addamnor 22-11-2022 10:02 PM
SAKAU DUIT IBARAT MACAM BABI JAH KAN. SO MANA NYA TUHAN NAK BAGI HIDUP TENANG
Quote Carcosa 22-11-2022 11:10 PM
Dah mcm bawang besar yg dah lembik benyek rosak, kepala + muka dia.
Quote rosedemon 23-11-2022 09:38 AM
sumbat cepat minah sakau ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.049221 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top