Tiada angin tiada ribut, pelakon Fizo Omar secara tiba-tiba dikaitkan sama seperti ahli parlimen gara-gara berkongsi foto mereka sedang duduk semeja berbincang.
Perkongsian tersebut dimuat naik Fizo di Instagram semalam meraih perhatian ramai yang sehingga kini masih menanti keputusan PRU15. Melihat di ruang komen, kelihatan seorang individu berani meninggalkan komen tidak senonoh di hantaran tersebut yang mengaitkan kisah rumah tangga selebriti ini. Meskipun bergurau, komen tersebut mengundang rasa tidak senang Fizo yang turut membalas dengan meminta individu tersebut untuk menyimpan sikap kurang ajarnya itu.
Menjengah ke ruangan komen tersebut, ramai tampil mempertahankan Fizo serta mengecam individu berkenaan. Sumber: Xtra |
naina replied at 22-11-2022 05:48 PM
Wife dia tu apasal eh
Acah2 motivater ke apa
Lepastu memang tak reti cakap melayu eh
Timortimur replied at 22-11-2022 09:10 PM
Sarawakian kan
Cakap English sebutir2 bg motivation
ADVERTISEMENT