CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lompat Sebelum Pijak Belakang, Budak OKU Ditertawa Rakan Ketika Dibuli Dalam Kelas

21-11-2022 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1309| Komen: 7

Tular di media sosial sebuah video memaparkan kanak-kanak perempuan menjadi mangsa buli di sebuah sekolah rendah di Ogan Komering Ulu (OKU), Desa Saung Naga, Indonesia pada Jumaat.


Menerusi video tersebut yang mula tular sejak Sabtu, kanak-kanak itu dilihat duduk di atas lantai sambil menangis dan menutup mukanya.


FB

Dia juga dilihat beberapa kali dipijak oleh beberapa pelajar lain.

Sementara itu, Ketua Pejabat Pendidikan Daerah, Alfarizi mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya sedang mengambil tindakan lanjut.

"Kita memandang serius berkenaan perkara ini dan sebaik sahaja mendapat maklumat berkaitan video tersebut, saya telah menghubungi guru besar di sana.


"Saya berjanji yang masalah ini akan selesai," katanya pada Sabtu.

Menurut Alfarizi, berdasarkan maklumat yang diterima daripada ketua guru, kejadian itu berlaku ketika waktu rehat.


FB Majoriti

Jelasnya, dia juga sudah berjumpa dengan semua yang terlibat termasuk mangsa.

Dalam pada itu, ruangan komen di media sosial juga kecoh apabila warganet Indonesia berasa tidak puas hati terhadap tindakan pelajar-pelajar tersebut.

Malah, ramai yang meminta supaya kejadian itu ditangani segera untuk mengelak perkara sama berulang di sekolah lain.


Sumber: Majoriti





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CariMalay 21-11-2022 08:05 PM
Woi wartawan bodoh, yang OKU tu nama pendek sekolah tu, bukan budak tu yang OKU. Lain kali masa nak terbitkan berita tu, belajar jadi profesional dengan cara baca keseluruhan artikel supaya kesalahan2 bodoh camni tak berlaku.
Quote rospinki 21-11-2022 08:10 PM
ogan komering ulu - OKU
oku..haha indon semua nk di shortfom
eh jahat2 anak indon min pijak anak orang
Quote shernazz 21-11-2022 09:02 PM
Adoi
Iols dah nak kesian sebab buli budak.oku
Rupanya budak.tu normal dan.sekolahnya kat tmpt nama oku
Tp.elok tindakan tegas diambil..
Indon ada ke tak tah baca komen2 kita neh..
Quote faraway1 21-11-2022 09:46 PM
Harap mak budak tu pi cari mak pak pembuli tonyoh muka sesorang..
Quote Whitepinkrider 22-11-2022 12:57 AM
sayu aku baca budak oku kn buli. siot la sekolah OKU..
Quote nanasno 22-11-2022 09:42 AM
trauma budak yang kena buli tu. aku dapat budak2 yang buli ni memang aku sebatkan jek. sume kecik kecik dah nak gangster. aku teiiiiiiiiii je skali ngn rotan menggelibass korang
Quote boo06 27-11-2024 01:32 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.038245 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top