CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disumpah Seranah, Dikecam, Ditohmah Dan Difitnah, Wajarkah BN Biarkan Parlimen Tergantung?-Asyraf Wajdi

21-11-2022 04:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 344| Komen: 1

Description: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki secara peribadi menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) boleh kekal sebagai pembangkang untuk semak dan imbang.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki secara peribadi menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) boleh kekal sebagai pembangkang untuk semak dan imbang.


Namun persoalannya kata beliau, adakah kerajaan boleh dibentuk tanpa BN dan wajarkah parti itu membiarkan negara berada dalam keadaan parlimen tergantung.

Kata Asyraf, walaupun ketika ini BN yang disumpah seranah, dikecam, ditohmah dan difitnah dengan pelbagai label dan gelaran, namun akhirnya kepimpinan diminta pula menilai tawaran-tawaran yang ditawarkan oleh Pakata Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) hanya untuk membolehkan kerajaan dibentuk.

Foto: Kosmo

“Apa-apapun prinsip BN tetap satu, apa jua tawaran sama ada daripada PH atau PN akan dinilai dan diperhalusi berpandukan kepada prinsip asas iaitu jika membawa kebaikan dan manfaat kepada Kestabilan dan Kemakmuran untuk rakyat dan negara,” katanya pada hantaran di laman Facebook.

Mengulas lanjut Asyraf berkata, ketika ini beliau juga sedang bermesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote rosedemon 22-11-2022 10:09 AM
g mmpos la ko biyenn

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.036315 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top