CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sejam RM1000 Untuk Seks- Suami Dijel 7 Tahun, 3 Sebatan Paksa Isteri Melacur Untuk Bayar Hutang

21-11-2022 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2490| Komen: 21

Description: SEREMBAN – Seorang pegawai bank dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan hidup atas wang hasil daripada persundalan isterinya, ...
SEREMBAN – Seorang pegawai bank dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan hidup atas wang hasil daripada persundalan isterinya, Oktober lalu.


Hakim Rushan Lutfi Mohamed membuat keputusan itu selepas tertuduh seorang lelaki berusia 35 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah hidup sepenuhnya atau sebahagiannya daripada hasil persundalan isterinya yang berusia 35 tahun.


Foto: Kosmo

Kesalahan itu dilakukan di sebuah hotel di Kuala Pilah pada 30 Oktober lalu.


Berdasarkan fakta kes, hasil siasatan mendapati tertuduh telah memaksa mangsa bagi tujuan eksploitasi seks sejak bulan Julai 2022 bagi menyelesaikan bayaran hutang yang ditanggung oleh tertuduh.

Siasatan juga mendapati tertuduh telah mengenakan bayaran RM1,000 bagi satu jam terhadap pelanggan yang melanggan mangsa untuk tujuan eksploitasi seks.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman seringan-ringannya atas alasan sudah bertaubat dan mahu disatukan semula dengan isterinya.

“Saya berasa malu, takut terutama dengan Allah SWT, kepada keluarga saya dan isteri saya sudah bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sekali lagi.

“Saya perlu menanggung isteri yang tidak bekerja, tanggung ibu dan keluarga besar isteri di Sabah. Saya mohon dipertemu serta disatukan semula dengan isteri supaya dapat melindungi dan membimbingnya ke jalan Allah,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Abu Hassan pula memaklumkan kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan tidak bermoral dengan mengambil kira pekerjaan itu dilakukan isterinya sendiri.

Sementara itu di kamar mahkamah berasingan, Hakim Datin Surita Budin menolak pengakuan bersalah tertuduh sama yang didakwa atas pertuduhan memperdagangkan isterinya bagi tujuan eksploitasi seks.

Mahkamah menolak pengakuan bersalah tertuduh kerana dianggap membuat pengakuan bersyarat di atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula 30 November depan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LoveSungmin 21-11-2022 04:51 PM
eee jijiknya lelaki macam ni
Quote mawarika 21-11-2022 04:56 PM
Jahatnya kau mcm setan. Bini kalau terima lg laki dia mmg sama2 bodoh.
Quote Nenolen 21-11-2022 04:58 PM
laknat punya lelaki
Quote Belibis 21-11-2022 05:01 PM
Hidup makan lendir bini sendiri...pastu malam pakai sendiri pulak.
Quote Firenzza 21-11-2022 05:01 PM
Lacur bini utk bayar hutang ko? Moga punai ko mereput
Quote Stoleheart 21-11-2022 05:03 PM
Perghhh 1k sejam..boleh huat duit kerja pelacur ni ptut rmai warga asing nk jdi placur kt msia ni..lumayann
Quote krustykrab 21-11-2022 05:06 PM
Saya perlu menanggung isteri yang tidak bekerja, tanggung ibu dan keluarga besar isteri di Sabah. Saya mohon dipertemu serta disatukan semula dengan isteri supaya dapat melindungi dan membimbingnya ke jalan Allah,” katanya.

Acaner ko nk bimbing dia hanat, dah ko sendiri pun tak betoi..tak caya aku yg ko dah bertaubat.
Quote sue_liah 21-11-2022 05:10 PM
eh siyal punya jantan, ni esok2 anak2 pulak di lacur
Quote Manjahati 21-11-2022 05:11 PM
Keparatnya jantan ni
Quote becir 21-11-2022 05:14 PM
To all ladies out there, you don't need a man to guide u..you have brain, use it
Quote Nurul8001 21-11-2022 05:20 PM
Muslim ke? Dayus. Ini baru betul2 dayus
Quote Omai 21-11-2022 05:21 PM
syiall nye beliau.. kau mintak cerai je la pompuan dari hidup dengan jantan gini.. kalau ade anak, esok2 anak kau pulak yg dia lacurkan..
Quote shernazz 21-11-2022 06:12 PM
Saje je dia.merayu...
Ada peluang rayu..dia buat ayat simpati
Padahal entah ye ke.idak.kau tanggung bini n keluarga dia tah...
Hutang pung soh bini settlekan dgn melacur..m
Jantan tak.guna..elok mati je
Quote margo20 21-11-2022 08:01 PM
So sape lebih sundal kt sini? Bini or laki?
Quote brego 21-11-2022 08:19 PM
“Saya perlu menanggung isteri yang tidak bekerja, tanggung ibu dan keluarga besar isteri di Sabah. Saya mohon dipertemu serta disatukan semula dengan isteri supaya dapat melindungi dan membimbingnya ke jalan Allah,” katanya.



kalau dah jadi bapak ayam, jual bini sendiri,
tak payah cakap begini ler.

MEMALUKAN.  
Quote hotmak 21-11-2022 08:20 PM
iblis nya perangai, kurang ajar tu isteri kau lah, kesiannya isteri dia, muslim lah kan sebab takut Allah, time buat tak ingat
Quote Shamilia79 21-11-2022 08:27 PM
Kalau kat twitter tu lagi la... Macam2 ada... DS katanya.. Dark Secret.. Ada bini org juga pun mak anak 4 lagi...selamba je laki jual bini.. Bini pun syok.. Siap buat telegram berbayar lagi.. Laki siap jaga masa bini tgh puaskan jantan lain. Yg pompuannya muka biasa2 je.. Set2 pakai tudung pakai simple2 je kat luar.. Tak sangka fetish sampai macam tu! Ngeri sungguh masyarakat kita nowadays!
Quote mawardia 21-11-2022 08:50 PM
Stoleheart replied at 21-11-2022 05:03 PM
Perghhh 1k sejam..boleh huat duit kerja pelacur ni ptut rmai warga asing nk jdi placur kt msia ni..l ...

U ols, tu rate layan orka/taukey tu.
And ofkos, bukan aksi biasa saje.
Depends, kalau lebih aksi, contoh, ada belakang, bdsm, orgy etc, lagi lumayan bayarannya.
Kalau yg terlentang saje memang ratus je upah.
Paling hauk RM50
Quote Cassieopeia 22-11-2022 10:05 AM
setan betul laki ni. ingat kt luar negeri, seremban je..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.262176 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top