CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lega Azmin Ali Kalah! "Allah SWT Telah Makbulkan Doa Azwan Ali Yang Teraniaya"

20-11-2022 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2852| Komen: 18

Azwan Ali meluahkan rasa syukur dan lega apabila abangnya, Datuk Seri Azmin Ali tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Parlimen Gombak.

Memetik laporan Getaran, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA itu berpendapat tindakannya yang menarik diri daripada bertanding sebagai calon bebas di kerusi parlimen itu tidak sia-sia.


Foto: Utusan

“Awalnya memang saya bengang dengan kecaman-kecaman nerakazen (gelaran untuk netizen) bila ada yang cakap kononnya dalam mimpi itu bukan Mak Tom tetapi syaitan.

“Memang saya marah dengan nerakazen ini. Sebab saya mimpi arwah ibu saya bukan arwah ibu mereka. Jadi, tolong diam!


“Saya juga faham kenapa dalam bisikan itu Mak Tom meminta saya menarik diri. Terima kasih kepada Mak Tom sebab walaupun dia berada di alam sana. Tapi, saya tahu dia mendengar segala masalah saya,” katanya.

Azwan juga meluahkan rasa sedih apabila mendapat tahu kekalahan abangnya itu semalam malah memberitahu bahawa doanya telah dimakbulkan Allah.

“Maafkan saya sebab saya menangis. Tapi, berita (kekalahan Azmin) ini amat menyentuh perasaan sebab saya sudah lama kehilangan Azmin.

“Tapi selama ini puas saya bersabar seperti mana warkah saya untuk Azmin yang viral sebelum. Saya telah dedahkan segala-galanya.

“Demi Anwar Ibrahim, dia (Azmin) sanggup buat kami sekeluarga. Apa masalah dia ketika itu, kami pun tidak tahu. Tapi, memang kami sedih bila dia sanggup buat begitu (buang keluarga).

“Tapi, Allah SWT telah makbulkan doa Azwan Ali yang teraniaya. Allah SWT mendengar dan peristiwa yang berlaku ini mengajar Azmin untuk move on dengan sikapnya yang ego, sikap rasa bagus dan rasa hebat sangat,” ujarnya.

Jelas Azwan lagi, dia turut mengalirkan air mata kerana memikirkan keluarganya malah menyifatkan bisikan arwah ibunya tidak sia-sia.

“Sebaik sahaja saya menerima berita itu saya menangis yang teramat sangat. Bukan menangis sebab saya sedih dia kalah.

“Tapi saya menangis kerana ia air mata kesyukuran dan saya juga menangis kerana memikirkan apa yang terjadi kepada keluarga kami bertahun-tahun. Setelah puas bersabar, akhirnya Tuhan tunjukkan kebenaran. Tapi terlalu lambat.

“Berita tentang kekalahan Azmin juga saya muat naik dalam warkah kedua di IG dengan memaparkan gambar Mak Tom. Ia juga turut menjelaskan perasaan saya. Tapi, yang pastinya, air mata saya tentang bisikan Mak Tom memang tidak sia-sia,” jelasnya.

Azwan juga turut meluahkan rasa terima kasih kepada pengundi-pengundi di Parlimen Gombak malah menganggap kekalahan abangnya pada PRU15 adalah atas mulut jahatnya sendiri.

“Terima kasih sebab mereka buka mata tentang siapa Azmin Ali. Kes Azmin ini adalah kes yang elit. Ia mengajar kita supaya jangan mengkhianati sesama manusia.

“Dan kita lihat sendiri, rantaian pengkhianat semuanya kalah. Padan muka. Rupanya, mulut jahat Diva AA tidak sia-sia.

“Terima Kasih Allah SWT. Terima kasih banyak-banyak. Azmin Ali ini satu nama yang melibatkan sejarah-sejarah besar negara, perubahan politik negara dan juga terkaitnya dia dengan adik dia yang gila glamor.

“Sebelum ini, saya pernah tujukan lagu ‘Terbang Helang’ daripada Datuk Sharifah Aini buat dia. Tapi, bagi mengiringi mood saya pagi ini, saya akan tujukan pula lagu Anita Sarawak, ‘Akhirnya Kini Pasti’,” tutup Azwan.

Terdahulu, Azwan mengumumkan menarik diri saat akhir pada penamaan calon di kerusi Parlimen Gombak sebagai calon bebas. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 20-11-2022 06:39 PM
So lps ni no duit berkepok kepok for fonen azwana aliah la kan
Quote lightheaded67 20-11-2022 06:48 PM
acik celaru. org tu dh dpt habuan dia, acik pun dh dpt habuan acik, maktom pun dh takder. move on jeler

ketiketika hatiku dilukai
akibat cintaaaaaaaahhhhhh
tak ku duga oh tanpaku sedari
menjelma diaaaahhhhhhhhh

hashtag nombor akaun
Quote Rogue98 20-11-2022 07:16 PM
Azmin kalah tapi PN jadi kerajaan ambik lagi dia jadi menteri sampah
Quote Lentera 20-11-2022 07:17 PM
Pening laaa.. Apa yg dia teraniaya sangat dek azmin tu
Pastu apa kena mengena azmin kalah dgn dia tarik diri dek sebab bisikan syaitonnn eh mak tom
Aku pulak jadi celaru nak kena mikir huhu
Quote tikusmontok 20-11-2022 07:49 PM
Tak paham ngan ponen ni, sebenarnya ko sokong ke tak jemin tu?
Quote theotherfriend 20-11-2022 07:54 PM
dah tua2, anak sedara baca kot komen tu...
Quote Lagubestbest 20-11-2022 08:10 PM
I speku la. Jemin suh dia jadi mule tapi dia nak upah banyak tapi jemin tak bagi suh transfer jugak duit juta2 tu yang dia bengang.
Quote gekkou 20-11-2022 09:45 PM
elaun kena potong ke apa ni?
Quote sukacactus 20-11-2022 10:40 PM
Xabis2 bisikan mak tom
Yakin betul yg dtg dlm mimpi pesanan arwah di alam barzakh
Quote DeLuna85 21-11-2022 12:06 AM
Propa je. Selama ni Azmin yang bg kau duit.
Quote doubleharmonic 21-11-2022 12:15 AM
bila nak bogel sama2?  boleh tengok sapa yang lagi micropenis
Quote sleepandream 21-11-2022 12:28 AM
eleh heshe kalo bertanding pon orang gila je yg undi...
Quote rosedemon 21-11-2022 09:57 AM
love hate rltionship juan ngn jemin
Quote lasagna 21-11-2022 10:34 AM
adalah tu cerita dia adik bradik ni, kalau tak apsal ada warkah tenda biru plak kan. tp tu lahh mmg propa pun, pape pun abg dia tetap masuk kan elaun ke dia jugak. so acano? kutuk2 pun duit masuk, go ghase?
Quote likilu 21-11-2022 10:36 AM
Teraniaya konon

Nafkah masuk puluh ratus ribu ambik jugak

Merujuk overseas bank transactions dikalangan keluar AA
Quote anonuevo123 21-11-2022 10:45 AM
많은 상품과 보상을 획득하면서 플레이하고 싶습니까? 당신이해야 할 일은 우리를 재생하는 것입니다 라이브 바카라 무료 돈.
우리는 당신이 원하는 모든 게임을 가지고 있습니다.

Quote mizruncing 21-11-2022 11:27 AM
dia ni utk joke meols terhibur gak laa
Quote bedahmenjuyah 21-11-2022 12:13 PM
Lentera replied at 20-11-2022 07:17 PM
Pening laaa.. Apa yg dia teraniaya sangat dek azmin tu
Pastu apa kena mengena azmin kalah dgn dia ...

Ayat org gila siapa pun tak faham

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.073678 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top