CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hidung Senget Dan Sempit, Doktor Kata Aliff Aziz Tak Berguna

20-11-2022 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4448| Komen: 35

Description: Aliff Aziz mencuri perhatian selepas sebuah video yang dikongsikan oleh isterinya, pelakon Bella Astilah tular di media sosial TikTok.
Aliff Aziz mencuri perhatian selepas sebuah video yang dikongsikan oleh isterinya, pelakon Bella Astilah tular di media sosial TikTok.

Menerusi video tersebut, Aliff meluahkan perasaan tidak puas hati apabila seorang doktor menggelarnya lelaki tidak berguna hanya kerana mempunyai masalah di hidung.

Foto: IG

“Dengar lah kamu si Aliff membebal lepas balik klinik sebab doktor tu cakap dia tak berguna. Dia marah sebab Aliff jarang. buat check up Ear, Nose dan Throat (E.N.T.) sebab terlalu kesibukan. Nah kau kena marah dengan si Aliff,” tulis Bella di kapsyen.

Video berdurasi 1 minit itu memaparkan Aliff sedang mengadu kepada isteri tercintanya mengenai perkara sebenar doktor tersebut lakukan sehingga menggelarnya ‘lelaki tidak berguna’.


“Doktor cakap dekat saya lebih 10 kali perfume yang saya pakai bau sangat teruk. Padahal ada satu hari tu saya tak pakai minyak wangi tau, takkan daripada semalam pagi punya dia masih boleh bau.


“Saya rasa sebab hidung saya la dia kata bila scope dalam tengok senget dan sempit, jadi dia tanya saya tak bernafas pakai hidung tapi mulut? Saya cakap betul, dari lahir memang bernafas pakai mulut.

“Lepas tu dia cakap yang hidung saya tinggi, mancung, handsome tapi tak berguna. Saya terkejut tau bila dia cakap macam tu… Apa yang tak berguna.. Saya ke hidung saya yang tak berguna? Dah la bayar mahal,” luah Aliff dalam nada berang.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur mendengar luahan hati Aliff yang tampak sangat marah namun masih boleh mengawal nada dalam keadaan lembut. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 20-11-2022 05:10 PM
Peningnya aku baca. Apa yg dia nk sampaikan?
Quote doubleharmonic 20-11-2022 05:27 PM
hidung ke otak yang senget
Quote che-cikL 20-11-2022 05:37 PM
Penulisan artikel ni lemah sampai tak sampai mesej cerita ni. Ni cerita kelakar ke cerita kesian ke cerita marah ke? Tak tahu, tak de direction, LEMAHHhhh... Tak payah masuk dalam borang claim payment utk artikel ni nokkksss
Quote makneng 20-11-2022 06:18 PM
Karangan terpesong ke hape artikel nih…
Quote Thunderclouds 20-11-2022 06:24 PM
Aku cuma nk cakap aku xbaca pon sampei abeh tered ni.
Quote slyfynx 20-11-2022 07:09 PM
Bodohnye la hai.
Doc cakap ko ade hidung, tp xleh guna.
Sama la mcm otak korang laki bini.
Harap ade, tp x berguna.

“Dengar lah kamu si Aliff membebal lepas balik klinik sebab doktor tu cakap dia tak berguna. Dia marah sebab Aliff jarang. buat check up Ear, Nose dan Throat (E.N.T.) sebab terlalu kesibukan. Nah kau kena marah dengan si Aliff,” tulis Bella di kapsyen.


Mmg niat nk tulis BEBAL ke hape ni?

And, baca caption, mcm org Bangladesh tulis.
Terlalu kesibukan ape?
Quote samshik 20-11-2022 07:12 PM
Doktor tu ckp orang xguna mmg begitiew.. Hihi... Ko je yg xbrp xphm dikk
Quote whimsicalmusic 20-11-2022 08:18 PM
Mesti doctor cina ni..kdg2 die nak ckp lain tp bila translate ke melayu keluar yg kasar..aku rasa die nk ckp hidung u sempit xfunction mcm normal..yg keluar u tak guna hahahaha
Quote annadonna 20-11-2022 08:49 PM
Alahai content lawak aje pun beriya iya korang ni nak kecam kecam
Quote belilies 20-11-2022 09:08 PM
Last last baru iols faham. Kot2 doktor tu chinese, hidung tu tak ada guna since ko bernafas pun guna mulut. Ko senirik admit kan. So in a way hidung ko dah berevolusi jadik sempit. Yg ko butthurt org kata tak berguna tu pehal? Kadang2 mentaliti ko senirik tu, kot2 minda separa sedar ko nak bagitau ko sebenarnya taguna
Quote LadyCarefree 21-11-2022 12:35 AM
slyfynx replied at 20-11-2022 06:09 PM
Bodohnye la hai.
Doc cakap ko ade hidung, tp xleh guna.
Sama la mcm otak korang laki bini.

nabelah tulis macam orang low iq (kot memang?)
lakinya pon membebel macam org low iq.
terbukti kot sbb xfaham apa doc tu cakap. benda simple.
Quote lyshafull 21-11-2022 12:43 AM
Dia nak cakap ape sebenarnya. ?
Quote rayna_raynes 21-11-2022 01:20 AM
Dia nak cakap dia kecik hati doktor tu kata hidung dia tak berguna hahahaha

Doktor kata gitu sebab alif mengaku bernafas guna mulut. Bila doktor cek rupanya ada problem saluran hidung dia. Jadi doktor kata hidung kau ni cantik, mancung, tinggi, tapi tak berguna sebab sumbat, sempit. Orang lain bernafas pakai hidung, kau guna mulut
Quote Rogue98 21-11-2022 02:29 AM
Doc tu agaknye teringat yg aliff buat hal dulu...dia punye geram terus dia cakap aliff lelaki tak guna...doc tak sedar dia luahkan apa yg dalam fikiran dia lah tu... hehe
Quote alieyrina 21-11-2022 04:14 AM
Nyesai aku masuk tered ni
Quote ghalibboy 21-11-2022 06:07 AM
Kalau ada masalah hidung, nasal problem , ada ketumbuhan atau tulang hidung senget...memang kena bernafas dgn bantuan mulut.  Ada orang susah nak buat dental treatment sebab bila menganga lama2 masa buat treatment, tak boleh bernafas guna mulut , hanya guna hidung dan udara rasa tak cukup
Quote ghalibboy 21-11-2022 06:13 AM
Rasanya penulisan article tu tak jelas kut. Maksudnya walaupun hidup mancung tetapi sebab hidung bermasalah, hidung
tak berfungsi sepenuhnya. Bukan totally useless.  Orang yg bermasalah hidung ni selalu bila bernafas berbunyi. Selalu bila pergi pakar E&T, baru dapat trace samada masalah hidung senget atau ketumbuhan. Kalau teruk kena buat surgery
Quote matjerk 21-11-2022 06:45 AM
Saya rasa sebab hidung saya la dia kata bila scope dalam tengok senget dan sempit, jadi dia tanya saya tak bernafas pakai hidung tapi mulut? Saya cakap betul, dari lahir memang bernafas pakai mulut

dia tak bernafas guna hidung ke?
Quote DeLuna85 21-11-2022 07:12 AM
Dia just nak bgtau doctor tu ada cakap dia handsome.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.289777 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top