CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kahwin Lambat, Shakila Khoriri Sebenarnya Impikan Empat Anak

20-11-2022 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1922| Komen: 7

Description: Biarpun sudah mengharungi pelbagai dugaan, pelakon Shakilla Khoriri tetap meluahkan rasa syukur dengan setiap aturan hidup yang telah ditentukan buatnya.
Biarpun sudah mengharungi pelbagai dugaan, pelakon Shakilla Khoriri tetap meluahkan rasa syukur dengan setiap aturan hidup yang telah ditentukan buatnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shakilla menyatakan dirinya akur dengan perjalanan hidupnya kini walaupun tidak seperti yang diimpikan.

Foto: IG

“Masa muda remaja aku pernah letak target bila nak kawin. Bila nak ada anak. Apa yang aku rancangkan untuk masa depan. Tapi satu pun tak tercapai seperti apa yang aku rancangkan.

“Berkahwin agak lambat. Bila dah kahwin nak ada at least empat orang anak. Umur 33 tahun sepatutnya aku dah boleh bertenang dengan satu kerjaya yang flexible yang membolehkan aku berkarya dan bekerja ikut masa aku.


“Sebab konon aku ada anak-anak dan family nak uruskan. Tapi begitulah aturan kehidupan kita. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang lebih tahu baik buruk setiap ranbangan kita,” tulisnya.



Malah, Shakilla juga menyatakan setiap dugaan dan cabaran yang dilaluinya itu membuatkan dia sedar dan belajar menerima takdir hidupnya.

“Hari makin hari buat aku banyak berfikir. Kesalahan dan kesilapan lalu banyak buat aku belajar sedalamnya erti dan perjalanan kehidupan yang aku NAK kan.

“Betullah orang kata, dalam perjalanan kita, Allah sentiasa akan temukan kita dengan perkara dan orang yang salah untuk kebaikan diri kita.

“Allah sentiasa pusingkan keadaan untuk kita handle situasi yang mungkin akan nampak kita salah tapi sebenarnya Allah sedang makbulkan doa kita.

“Membawa kita keluar dari ‘kotak kegelapan’ yang mematikan hati dan jiwa kita dalam diam. Rahsia Allah maha hebat,” katanya.



Menyedari perkara itu, pelakon itu juga menganggap segala kepayahan yang dilalui merupakan permulaannya untuk menjadi lebih dekat dengan Sang Pencipta.

“Slowly aku rasa dimana kebaikan dan amal ibadah aku sampai satu persatu Allah buka jalan dan alasan setiap perkara yang terjadi.

“Semakin banyak yang aku tengok, semakin aku yakin dan rasa sayangnya Allah dekat Aku walau terlalu banyak dosa yang aku buat,” katanya.



Dalam perkongsian tersebut, pelakon itu juga menzahirkan rasa syukurnya kerana dikurniakan dua cahaya mata yang menjadi penenang jiwanya iaitu Damian Miqael yamg merupakan anak saudara dan puteri kesayangannya, Ameena Sofia.

“Sorang anak bukan dalam rahim. Sorang anak yang confirm berkampung sembilan bulan dalam perut yang merobek perut aku untuk keluar.

“Alhamdulillah. Aku tak terfikir jalan macam ni tapi aku rasa nikmat yang Allah pinjamkan sampai hari ni.
Tak kaya raya, tak bijak pandai, tak berpegaruh tapi Allah bagi aku ketenangan dan rasa lapang dada yang paling semua orang nak kan.



“Terlalu panjang dan jauh perjalanan aku untuk capai apa yang aku rancangankan. Tapi aku yakin bukanlah mustahil sebab Allah datangkan pada aku orang-orang yang baik dan sentiasa ADA bersama dengan aku.

“Thank you Allah. Thank you. Thank you so much for everything,” jelasnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Myhappyending 20-11-2022 11:26 PM
Jadi ? Nk bersyukur pon tulis kat seragrem
Quote AcikBuncit 21-11-2022 12:21 AM
Eww sgt jenis tulis panjang2 kat ig neh..
Quote supernaturalee 21-11-2022 12:24 AM
Kt shopee rm3,199

Utk smart TV 65", yes murah

Quote blekkep 21-11-2022 05:42 AM
supernaturalee replied at 21-11-2022 12:24 AM
Kt shopee rm3,199

Utk smart TV 65", yes murah

Hmm idok ler murah mane. ada lg well known brand yg cheaper than that. Sharp x smpai 3k utk 65 smart tv
Quote prince_marhaen 21-11-2022 09:17 AM
exlaki exbini suka buat karangan panjang nak justify masing-masing struggle...yihhh!
Quote rosedemon 21-11-2022 09:59 AM
terpaling mmg ske st krang pnjang2 geli baca
Quote chocobozhere 21-11-2022 11:28 AM
AcikBuncit: Eww sgt jenis tulis panjang2 k ...


Kannnn.. Aku pun tak suka tulis panjang panjang buat meloya org nak baca je.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.043547 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top