CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Belum Habis Sekolah, Tak Ada Lesen- Ifa Raziah Bagi Anak Lelaki Hadiah Kereta BMW

20-11-2022 02:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2208| Komen: 9

Ifa Raziah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama BMW bersempena sambutan ulang tahun ke-17 anak lelakinya iaitu Muhammad Shakir Aqili.


Meskipun remaja itu belum tamat persekolahan dan tidak memiliki lesen memandu, Ifa memberitahu kereta jenis BMW 3 Series berkenaan sudah lama menjadi idaman anaknya.

Foto: IG

"Kereta ini merupakan kereta idaman Aqili. Saya pun tak tahu kenapa dia suka kereta ini. Terimalah 'birthday boy'. Selamat hari jadi.

"Sempena hari jadi Aqili yang ke-17 pada 19 November 2022, saya akan menghadiahkan anak saya sebuah kereta," katanya.


Ifa berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.


Dalam pada itu, menerusi ucapan di ruang kapsyen, Ifa turut mendoakan Aqili akan sentiasa dimurahkan rezeki serta menjadi anak soleh.

"Semoga dengan bertambahnya usia, semakin bertambah juga kebaikan dan kebahagiaan yang diberikan untukmu.

"Mama dan papa berharap semoga Aqili menjadi anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasulullah. Berbakti kepada mama, papa dan menjadi sahabat yang baik untuk sahabat-sahabat Aqili," ujarnya.




Sementara itu di ruangan komen, ramai tidak sangka remaja seperti Aqili meminati kereta jenis sebegitu dan bukannya keluaran edisi baharu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 20-11-2022 02:57 PM
Sukatilah jgn langgar org sudahler
Quote rosedemon 21-11-2022 09:49 AM
xda lesen apa2 jadi nnt mapos la ko nk jwab
Quote shernazz 21-11-2022 09:56 AM
Jadi hiasan selama setahun ke
Atau mak bawak test drive dolu sana sini sementara anak nak dpt lesen?
Quote Zeatyisaac 21-11-2022 07:40 PM
Harap Ifa dah ada simpanan yang mencukupi untuk hari tua nanti. BMW bukan murah, nak jual pun tak boleh sebab kereta anak.
Quote prizadane 21-11-2022 07:55 PM
Okay la BMW lama. Ingatkan BMW mahal. Maybe anak sheols suka kereta vintage. Kalau aku jadi Ifa, aku belikan seketul lagi kereta untk anak dia buat lenjan everyday…maybe Axia or Myvi. BMW ni pakai for fun ride je
Quote hotmak 21-11-2022 08:11 PM
cuma nak komen comel kucing dia, tu je
Quote princessmiang 21-11-2022 09:39 PM
Hmmmmmmm xpelah nnt mintak duit omak apak g korea ya ejas apa yg patut
Quote QueenIsolde 21-11-2022 10:28 PM
princessmiang replied at 21-11-2022 09:39 PM
Hmmmmmmm xpelah nnt mintak duit omak apak g korea ya ejas apa yg patut

Kannn..below par sgt. Marhaen skang pun ramai yg cecantik hensem kalah retis.
Quote alieyrina 21-11-2022 11:17 PM
Mak yg telebih mampu bolehla bagi bmwxyz

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.273582 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top