CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rakyat Malaysia Tolak Artis- Eizlan Dan Lando Kempunan Nak Jadi YB

20-11-2022 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2366| Komen: 15

Description: Impian penggiat seni untuk menjadi wakil rakyat di Parlimen lebur apabila masing-masing kalah di kawasan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang diadakan pada Sabtu.
Impian penggiat seni untuk menjadi wakil rakyat di Parlimen lebur apabila masing-masing kalah di kawasan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang diadakan pada Sabtu.


Meskipun bergelar selebriti dan mempunyai pengikut tersendiri, namun ia tidak cukup mendapatkan kepercayaan rakyat untuk mengundi mereka sebagai wakil rakyat.

Penerbit dan pengarah, Datuk Jurey Latiff Rosli yang bertanding atas tiket parti Pakatan Harapan (PN) di Parlimen Lenggong tewas apabila hanya mendapat 3,382 undi sekali gus hilang wang deposit sebanyak RM10,000.


Foto: mStar

Penyandang kerusi itu, Dr Shamsul Anuar Nasarah dari Barisan Nasional (BN) menang dengan 12,588 undi.


Shamsul turut menewaskan Rif'aat Razman daripada Perikatan Nasional (PN) yang hanya mendapat 11,709 undi.

Tidak hanya Jurey, pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof (Pejuang) turut kempunan ke Parlimen apabila kalah di Sabak Bernam dan hanya memperoleh 460 undi.

Begitu juga dengan pelakon dan aktiviti Azlan Sani Zawawi atau Lando Brotherhood yang tidak mampu mencabar pesaing daripada PN iaitu Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi yang mendapat 18,054 undi.

Eizlan dan Lando turut hilang wang deposit mereka ekoran gagal mendapat sekurang-kurangnya 1/8 undi.

Setakat 1 pagi Ahad, Dr Ahmad Idham juga jauh ketinggalan menerusi keputusan tidak rasmi di Parlimen Port Dickson.

Untuk rekod, beberapa artis sebelum ini pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum termasuklah penyanyi Aishah, Herman Tino dan Dayangku Intan.

Aishah pernah bertanding pada Pilhan Raya Umum ke-13 (PRU13) bertanding kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan mewakili Parti Pas menentang calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Penyanyi lagu Janji Manismu itu bagaimanapun gagal merebut kerusi berkenaan apabila Mohd Isa menang dengan majoriti 8,614 undi.

Manakala Herman atau Marsun Tamsi pernah bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Tanjung Karang pada PRU13 menentang Tan Sri Noh Omar dari BN dan Pas, Mohamad Rashdi Deraman.

Kerusi itu dimenangi oleh Noh dengan 20,548 undi dengan Herman hanya mendapat 340 undi serta hilang wang pertaruhan.

Dayangku yang mewakili PKR pada PRU13 di Parlimen Pengerang turut kalah ditangan calon BN, Datuk Seri Azalina Othman.

Untuk rekod, proses membuang undi PRU15 bermula pada pukul 8 pagi hingga 6 petang bagi Semenanjung dan 7.30 pagi hingga 5.30 petang di Sabah dan Sarawak. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 20-11-2022 02:26 PM
Depa igt sini mcm kt yindia kot noh. Retis disembah. Peminat angkat jadik politicians/mp. Hema malini tuh masih lg representative bjp kt parlimen.
Quote margo20 20-11-2022 03:08 PM
Elok sgt la tu da nama artis lg kuat berlakon
Quote cheezel 20-11-2022 05:48 PM
Lando tu at least memang buat keje gak. Yg lain tu modal air liur je
Quote DeLuna85 21-11-2022 12:14 AM
Cuba bg peluang Lando jadi YB. Tgk apa dia boleh buat.
Quote supernaturalee 21-11-2022 12:19 AM
Thunderclouds replied at 20-11-2022 02:26 PM
Depa igt sini mcm kt yindia kot noh. Retis disembah. Peminat angkat jadik politicians/mp. Hema malin ...

Really
X sangka

Quote sleepandream 21-11-2022 12:26 AM
kalau dekat yindon KD diundi ummah sana and menang jd YB jugek khennn...
Quote rosedemon 21-11-2022 09:48 AM
syiannnnn try lagi lagi 10 taun k
Quote bulalof 21-11-2022 09:51 AM
rakyat tanak penumpang dlm kabinet. nak yg ikhlas bekera membangun negara.
Quote ezacbee 21-11-2022 10:20 AM
Jenis perasan. Kalau lando oklah nampak dia berkhidmat utk masyarakat. Paling sedih rani kulup. Dapat telur. Teruk kena bahan.
Quote lilyofthevalley 21-11-2022 10:29 AM
Kalau Lando, aku sokong...artis lain, tak payah la....menyemak ja..
Quote likilu 21-11-2022 10:42 AM
So kenapa hero malaya pandai repair pothole pandai cakap English tak menang? 1/8 vote count pun tak dapat? Warga twitter support atas talian je? Tak berani pindah address ke tempat calong pilihan?
Quote mizruncing 21-11-2022 12:31 PM
ingat sennag nak masuk parlimen?? tiket jd artis bukan tu yg netizen pandang ye. tp tu laa lando tu buat keje gak. asal korang x undi dia
Quote eLiaD 21-11-2022 12:35 PM
Lando mmg berjasa but melobi guna ai liur


RiP
Quote Begbiru 21-11-2022 12:41 PM
depa ingat jadi ahli politik ni ikut jumlah follower kat socmed ke?
Quote KikiHadid 22-11-2022 10:11 AM
Edited by KikiHadid at 22-11-2022 10:15 AM

Kome igt sng2 je ke nk jd ahli parlimen bagai?igt serupa mengundi jd ketua kelas..kj pun kalah..sebisa bisanya adja

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.064052 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top