Kejam! Itu yang boleh dikatakan selepas menonton video memaparkan tindakan zalim seorang lelaki yang membelasah dan menyeret seorang wanita dipercayai isterinya.
Lebih luluh hati orang ramai apabila melihat si anak menangis menyaksikan kejadian tidak berhati perut itu di hadapan mata sendiri. Apa yang menjadi kejutan dan tanda tanya ramai apabila si pelaku dikaitkan sebagai bekas suami kepada penyanyi dangdut, Amelina iaitu Reduan Mahmood. Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan identiti lelaki terbabit. Manakala Amelina sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian.
Namun, dalam sebuah video dikongsinya, penyanyi itu menyanyi sambil mengajak peminat menemuinya di Bawong, Sungai Siput Perak sempena Fiesta Moi Num Moi. Kredit video: IG Bagaimanapun, sepotong ayat disertakan di ruangan kapsyen seolah-olah membawa maksud tersirat. Adakah apa yang dimaksudkan Amelina ada kaitan dengan kejadian tular itu? - CARI |
ADVERTISEMENT