Tindakan Datuk Seri Aliff Syukri menyatakan sokongannya terhadap parti politik Barisan Nasional membuat segelintir warga maya menyifatkannya seorang 'lalang'.
Ia berikutan usahawan sensasi itu sebelum ini dilihat seakan-akan menyokong parti Pakatan Harapan.
Bagi menjelaskan kekeliruan, isteri kepada Aliff, Datin Seri Shahida telah memaklumkan mengenai perkara sebenar bahawa Aliff sememangnya tetap dengan pendiriannya. “Dia bukan lalang. Yang sokong Harapan itu saya bukan dia,” jawab Shahida. Katanya lagi, walaupun berbeza fahaman politik, dia dan suami tidak pernah bergaduh berhubung isu ini. Malah, Shahida juga percaya semua pihak bebas memilih calon pemimpin mereka tanpa perlu bermusuhan. Sumber: Media Hiburan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|