CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Umie Aida Jadi Orang Tengah Lepas Da'i Syed Kata Rasa Ada ‘Spark’ Pertama Kali Jumpa Hana Ismail

18-11-2022 12:39 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8930| Komen: 67|Original author: LilRose

Description: Jarak usia sembilan tahun tidak menjadi penghalang pendakwah sensasi Da'i Syed Ikmal terpikat dengan kelembutan pengacara Hana Ismail.
Jarak usia sembilan tahun tidak menjadi penghalang pendakwah sensasi Da'i Syed Ikmal terpikat dengan kelembutan pengacara Hana Ismail.


Kedit foto: IG

“Mungkin sifat dia yang buat saya terpikat. Walaupun usia kami beza 9 tahun tapi pemikiran kami sama cuma personaliti saja berbeza. Saya agak nakal-nakal sikit, dia pula lembut. Jadi, sifat dia tu mempengaruhi saya,” katanya kepada Gempak.

Sebelum ini, pelakon Datin Umie Aida berkongsi mengenai pertunangan pasangan itu di Instagramnya.

“Sebenarnya majlis merisik dan bertunang itu diadakan di 23 Oktober lalu. Sebelum ini kak Umie pernah post tapi dia padam. Sebab waktu itu belum sesuai untuk dikongsikan.



Kedit foto: IG

“Sekarang ini barulah bersesuaian untuk umum sebab kami akan berkahwin dalam masa terdekat. Nanti saya akan kongsi dan ajak media ke majlis pernikahan kami.

“Insya-Allah kami akan bernikah di masjid di KL pada pagi manakala majlis resepsi pula akan diadakan di sebelah malam di Subang Jaya,” ujarnya.

Dedahnya, dia jatuh hati pada Hana di sebuah majlis ilmu yang diadakan di kediaman Umie. Malah, pelakon itulah yang menjadi orang tengah dalam perhubungan mereka.


Kedit foto: IG

“Saya tahu kewujudan dia sebagai pengacara TV tapi saya tak pernah berkenalan melalui DM. Boleh katakan kak Umie la menjadi orang tengah perkenalan kami.

“Saya mula jatuh hati dengan Hana semenjak kami bertemu di majlis ilmu yang diadakan di rumah kak Umie. Pertama kali jumpa, perasaan saya rasa lain… rasa seperti ada ‘spark’ antara kami.

“Sejak itu, saya bercakap dekat kak Umie dan Kak Umie yang arrange kan pertemuan kami untuk berkenalan di rumahnya selama sejam,” ujarnya.


Kredit video: IG

Wah, cinta pandang pertama lah ni ya? Kiranya Umie Aida ni matchmaker Da'i Syed dan Hana lah siap rancang pertemuan untuk pasangan ini. - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nur123 18-11-2022 12:54 PM
hana lembut ke. tgk kt lat dia mcm seoranh yg firm. nk memang je.  xsesuai Hana dgn dia nk. please Cari yg lain.
Quote gideoncross 18-11-2022 01:08 PM
Ni "nuna-dongsaeng" type of relationship ke? Sjenis yg d minati oleh ummah SK & Kpoppers.
Quote gideoncross 18-11-2022 01:08 PM
nur123 replied at 18-11-2022 12:54 PM
hana lembut ke. tgk kt lat dia mcm seoranh yg firm. nk memang je.  xsesuai Hana dgn dia nk. please C ...

Dh ada glaran raper pun still boleh khwin Yizlamik, klau org biasa, dh lma msuk pnjra dh.
Quote Zazama 18-11-2022 01:09 PM
Jodoh syed sudah tertulis, dgn jodoh yg baik. Mudah2an kamu syed melangkah ke depan pd kehidupan hidup yg lebih baik dari yg sebelumnya. Amin..
Quote SherryZass 18-11-2022 01:33 PM
Amboi kau, orang kat majlis Ilmu ni fokus dengar & ambik notes. dia sempat mata meliar cari jodoh ya
Quote kotakominami 18-11-2022 01:50 PM
Only in malaysie....
Quote orenmango 18-11-2022 01:52 PM
gideoncross replied at 18-11-2022 01:08 PM
Dh ada glaran raper pun still boleh khwin Yizlamik, klau org biasa, dh lma msuk pnjra dh.

Raper ke rapist dik gideon? Daie ni ada nyanyi rap ke?
Quote Leonclay 18-11-2022 02:16 PM
So, dh tau la ape peranan umie aida.. moga lps kahwin, bertambah baik la akhlaknya..
Quote brunesss 18-11-2022 03:04 PM
spark desperation ke atau spark mak ayam ni? aku geli lah ewwwwwwwww
Quote diamondhoney 18-11-2022 03:22 PM
Takde state umo kat artikel,.jarak 9 taun ni si rapist yang trlebih tua or hana yang terlebih muda
Quote jasmeen 18-11-2022 03:24 PM
asal berlaki ke zisssss
Quote jasmeen 18-11-2022 03:25 PM
gideoncross replied at 18-11-2022 01:08 PM
Ni "nuna-dongsaeng" type of relationship ke? Sjenis yg d minati oleh ummah SK & Kpoppers.

nona dong wat???? maksud kpop ni suka kawin pompuan lebih tua ke?
Quote jasmeen 18-11-2022 03:26 PM
diamondhoney replied at 18-11-2022 03:22 PM
Takde state umo kat artikel,.jarak 9 taun ni si rapist yang trlebih tua or hana yang terlebih muda : ...

hana ni 37 sapa tah share.tua gak.tapi asal berlaki suspek rapist omg
Quote lightheaded67 18-11-2022 05:21 PM
Edited by lightheaded67 at 18-11-2022 06:57 PM

entahla. rasa mcm toxic jugak culture agama pada baju ni.. penunggang punya mo sama, pakai agama bg dekat dan tarik manusia kepada depa, bukan bg dekat manusia pd Tuhan..
eniwei, bpakaian modest tu selari dgn hadis nabi malu tu cabang iman. so bila u dh malu dlm bpakaian, harapnya u malu lah nk buat perangai pelik2 dn jahat.
Quote graxier06 18-11-2022 05:24 PM
beriya datin paduka arrangekan tunang org. shuben bertanding parlimen Titiwangsa x tolong kempen ke?
Quote awanearisu 18-11-2022 06:13 PM
Harap benarlah bakal mertua dah maklum yang menantu pernah ada kes mahkamah berkaitan pertuduhan jenayah seksual.

Sampai bila nak simpan pekung.
Quote helicornia 18-11-2022 06:19 PM
Edited by helicornia at 18-11-2022 06:20 PM

Tk Tau nk kata apa.dh parents pun mesti restu kan
Quote helicornia 18-11-2022 06:21 PM
orenmango replied at 18-11-2022 01:52 PM
Raper ke rapist dik gideon? Daie ni ada nyanyi rap ke?

Penyanyi tu rapper
Quote cheezel 18-11-2022 06:38 PM
So kira acik umie ni kepochi la kan.. nk jd yg first up dlm social media

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2022 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.193144 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top