Hujan yang mencurah di sekitar Selangor lebih dua jam pada malam Rabu membuatkan pelakon dan penyanyi Afieq Shazwan tidak tenang.
Mana tidaknya, pengalaman rumah dinaiki air akibat banjir Disember tahun lalu membuatkan Afieq atau Muhammad Shafiq Shazwan Zamros, 25, sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. "Apabila hujan lebat memang rasa tak tenang. Saya ada di rumah ketika itu membuatkan saya sentiasa pantau keadaan air dalam parit berdekatan untuk pastikan ia tidak naik dan melimpah. "Saya sibuk keluar masuk rumah sebab bimbang air akan masuk ke dalam rumah. Dalam hati hanya berharap dan berdoa agar hujan segera berhenti," katanya kepada mStar.
Afieq sebelum itu turut berkongsi situasi di kawasan perumahannya yang terletak di Klang, Selangor mula dinaiki air sekitar pukul 1 pagi Khamis. Penyanyi lagu Lelaki di Telefon itu meluahkan rasa syukur hujan lebat malam semalam tidak berlarutan lama dan hanya kawasan depan rumahnya sahaja sedikit terjejas.
|
ADVERTISEMENT