CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 421|Reply: 1

Afieq Shazwan Trauma Dengan Banjir, Sampai Ke Pagi Tak Tidur Pantau Air Parit Takut Melimpah

[Copy link]
Post time 17-11-2022 03:58 PM | Show all posts |Read mode
Hujan yang mencurah di sekitar Selangor lebih dua jam pada malam Rabu membuatkan pelakon dan penyanyi Afieq Shazwan tidak tenang.


Mana tidaknya, pengalaman rumah dinaiki air akibat banjir Disember tahun lalu membuatkan Afieq atau Muhammad Shafiq Shazwan Zamros, 25, sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.


Foto: IG




"Apabila hujan lebat memang rasa tak tenang. Saya ada di rumah ketika itu membuatkan saya sentiasa pantau keadaan air dalam parit berdekatan untuk pastikan ia tidak naik dan melimpah.


"Saya sibuk keluar masuk rumah sebab bimbang air akan masuk ke dalam rumah. Dalam hati hanya berharap dan berdoa agar hujan segera berhenti," katanya kepada mStar.












Afieq sebelum itu turut berkongsi situasi di kawasan perumahannya yang terletak di Klang, Selangor mula dinaiki air sekitar pukul 1 pagi Khamis.


Penyanyi lagu Lelaki di Telefon itu meluahkan rasa syukur hujan lebat malam semalam tidak berlarutan lama dan hanya kawasan depan rumahnya sahaja sedikit terjejas.




  



"Alhamdulillah, tidaklah teruk sangat selepas hujan lebat semalam. Hanya kawasan luar rumah sahaja yang dinaiki sedikit air.


"Sekarang saya sedang bantu ibu untuk kemas kawasan luar rumah sebelum bersiap untuk bekerja," jelasnya.




  



Tambah Afieq lagi, dia dan keluarga sentiasa dalam keadaan bersedia berdepan musibah banjir memandangkan laporan kaji cuaca semasa meramalkan hujan lebat bakal berlarutan.


"Memanglah berharap tidak berlaku banjir seperti tahun lalu tapi keluarga kami sentiasa bersedia dan reda jika ia berlaku.




  



"Tahun lalu banjir berlaku dalam keadaan mengejut dan tak sempat nak buat apa-apa. Kali ini kalau hujan lebat sempat nak selamatkan barang-barang penting," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2022 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
duit banyak boleh ambil langkah2 proactive dah tau kawasan boleh banjir.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.475118 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list