CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Kambing Berwajah Manusia, Mata Nampak Macam Pakai Cermin Mata

15-11-2022 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1142| Komen: 6

NEW DELHI – Seekor anak kambing di India dilahirkan dengan keadaan wajah seperti manusia serta kelihatan seperti memakai kaca mata, lapor akhbar Daily Star semalam.


Anak kambing itu dilahirkan di kampung Sironj dalam negeri Madhya Pradesh, Jumaat lalu.

Seorang penternak haiwan, Nabab Khan terkejut apabila seekor induk kambing melahirkan anak yang kelihatan seperti memiliki mulut manusia.


Foto: Jam Press

Ia merupakan kali pertama haiwan peliharaan Nabab, termasuk seekor kerbau dan tujuh kambing, melahirkan anak.

Anak kambing itu terpaksa diberi minum susu menggunakan picagari disebabkan keadaan mulutnya. Ciri paling aneh adalah kambing itu mempunyai bulatan hitam di sekeliling matanya yang membuatkan ia kelihatan seperti memakai kaca mata.

Ia juga mempunyai bulu putih yang tebal di bahagian kepala dan sekeliling dagunya. 

Penduduk di India berpusu-pusu ke rumah Nabab apabila berita mengenai kelahiran haiwan cacat itu tersebar.

Menurut pakar veterinar, Dr. Manav Singh, istilah perubatan untuk keadaan kambing itu adalah ‘dispepsia kepala’. Ia memberi kesan kepada satu daripada 50,000 kelahiran haiwan dan lebih biasa pada lembu berbanding kambing.

Keadaan itu menyebabkan bengkak pada kepala haiwan, yang dikenali sebagai ‘ydrocephalus’ dan mempunyai dua punca yang diketahui. Pertama, induk haiwan mengalami kekurangan vitamin A semasa bunting dan kedua, induk diberi ubat yang salah semasa bunting.

Hydrocephalus hanya merujuk kepada terdapat terlalu banyak cecair pada otak, sama ada kerana masalah saliran atau masalah pengeluaran berlebihan. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 15-11-2022 06:54 PM
Pehhh..macam amitab bacan.
Quote green~tea 15-11-2022 07:01 PM
Eh.. aku tak pernah plak jumpa manusia rupa camni..
Quote margo20 15-11-2022 08:54 PM
Mcm kena edit pun ye jgk
Quote Imkhai 15-11-2022 10:11 PM
Maka gemuk dan sht la dik kambing itu nnt dipuja puja seantaro india didewa dewakn kamu nnt dik kambing
Quote TuntungReturn 15-11-2022 10:14 PM
aku penah ckp dlu. sperma manusia tak kan mampu hamilkan haiwan. trus ade sorg mak cik mencelah. kalau tuhan nak jadikan hang nk kta apa? .. malas bedebat ngn org mcm ni.
Quote rosedemon 16-11-2022 09:53 AM
bapaknya manusia kottt kihkih

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.067829 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top