CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Marah, Sesak Lagi! Baru Hari Kedua Beroperasi, Laluan LRT Di Stesen Jelatek Dah Bermasalah

15-11-2022 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1381| Komen: 11

Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya di stesen Jelatek perlu dihentikan perkhidmatan kerana mengalami masalah teknikal pagi tadi, kata @AskRapidKL di akaun media sosialnya.


@AskRapidKL memberi jawapan tersebut kepada ramai pengguna yang meluahkan rasa marah gara-gara terpaksa keluar daripada tren di stesen Jelatek.

“Minta maaf, tren di stesen Jelatek di bawa keluar sebentar tadi, dan akan digantikan dengan tren yang akan tiba nanti,” ujar @AskRapidKL kepada pengguna yang terkesan.


Foto: Kosmo

Kelihatan di dalam video yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna LRT, dikenali @achickenperson, menunjukkan orang ramai bersesak-sesak menunggu ketibaan tren yang seterusnya, pada waktu kemuncak sekitar pukul 8 pagi tadi.


“Baru sehari LRT ok, dari Gombak sampai Jelatek semua kena turun, dan kekerapan tren pula adalah setiap 5 minit,” kata salah seorang pengguna LRT juga, dikenali @faizalghazaly.

Berikutan masalah teknikal di stesen Jelatek itu, ia turut memberi kesan kepada pengguna di stesen berikutnya kerana perlu menunggu dalam jangka masa yang agak lama.

Sementara itu, ada juga pengguna yang ingin ke arah laluan Gombak, terpaksa menunggu ketibaan tren seterusnya dalam durasi yang lama iaitu 14 minit.

Rata-rata ciapan orang ramai terhadap @AskRapidKL mempersoalkan sama ada servis LRT telah benar-benar sudah baikpulih, kerana masalah itu menyukarkan kehidupan seharian mereka lagi-lagi untuk ke tempat kerja pada waktu puncak.

Terdahulu, Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) mengumumkan bahawa keseluruhan jajaran perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dibuka semalam (Isnin) setelah 16 stesen di sepanjang laluan perjalanan itu ditutup selama tujuh hari.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 15-11-2022 12:42 PM
Kenapa tajuk semua jadi biru? Sakit mata
Quote CiliPadiSedap 15-11-2022 12:48 PM
ultra78: Kenapa tajuk semua jadi biru? Sakit mata


sis pakai contact lens biru ke?

Quote CiliPadiSedap 15-11-2022 12:49 PM
ultra78 replied at 15-11-2022 12:42 PM
Kenapa tajuk semua jadi biru? Sakit mata

haah lah. semua tajuk dia buat url link dan tukar jadi color biru baru perasan sorry.
Quote KamikuP 15-11-2022 02:57 PM
Biru PN ke biru BN admin cari nih.. ke kena bayau? ekekeke
Quote stingergrumpy 15-11-2022 03:11 PM
[youtube]ftXiiV_eQvI[/youtube]

Masya Allah....Siap piyem sendiri yg bagi taklimat.....beri commitment utk set up commitee of enquiry....

Negara kapir ni tapi mengalahkheun negara islam pentadbirannya...tatakelolaannya...

Ya Rabb ko pandu ler pemimpin pemimpin negara islam ku yg satu ini...
Quote doubleharmonic 15-11-2022 03:15 PM
lepas tu ulang2 balik tetiap bulan rosak sampai ajm kan babi?
Quote tripleid 15-11-2022 03:30 PM
Sape yg naik lrt kj line tu sila lah mengucap siap2 sblm masuk dlm tren..kalo camni lah cara prasarana handle krisis x mustahil tragedi tren kiss each other dlm terowong  bakal berulang
Quote pasa 15-11-2022 03:33 PM
tripleid replied at 15-11-2022 03:30 PM
Sape yg naik lrt kj line tu sila lah mengucap siap2 sblm masuk dlm tren..kalo camni lah cara prasara ...

terowong ghaib 6 beliyun
Quote kakikuDibibirmu 15-11-2022 03:39 PM
lepas tu ulang2 balik tetiap bulan rosak sampai ajm kan noreen?
Quote rosedemon 16-11-2022 09:51 AM
jahanam hahahaha
Quote epullipan 16-11-2022 02:32 PM
punca penutupan 7 hari tu dah ade ke diorang citer..ni alih2 teknikal isu je jawapan dia..kot2 ada sapa tau masalah teknikal apa ..tren taknak jalan ke sistem korup ke bla bla

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.032457 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top