CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Aktiviti Ekstrem Zipline Di KKB Tanpa Pakai Helmet- Ramai Kecam, Penganjur Bidas Balik

15-11-2022 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4838| Komen: 50

Tindakan seorang lelaki melakukan aktiviti rekreasi ‘zipline’ tanpa disokong peralatan keselamatan lengkap dipercayai di Kuala Kubu Bharu undang kerisauan orang ramai.


Menerusi perkongsian di media sosial, kelihatan aksi tersebut dilakukan tanpa mengenakan helmet yang merupakan sebahagian daripada pakaian perlindungan diri (PPE).

Susulan itu, majoriti besar orang ramai meluahkan kerisauan dan menyifatkan tindakan lelaki itu kurang bijak kerana seolah-olah sengaja meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya.




“Sebelum ingin mencuba aktiviti ekstrem, lebih baik periksa dahulu kelengkapan yang disediakan sama ada menetapi piawaian yang ditetapkan ataupun tidak, kita hanya ada satu nyawa jadi hargailah,” kata seorang pengguna.


“Cara mempromosikan sudah bagus tetapi aspek keselamatan perlu diutamakan. Jika orang ramai tidak kisah untuk menanggung risiko sendiri tidak bermakna aspek keselamatan perlu dipinggirkan,” tulis seorang lagi pengguna.

Dalam pada itu, terdapat juga orang ramai yang mempersoalkan bagaimana aktiviti esktrem yang tidak dilengkapi peralatan keselamatan sedemikian boleh mendapat kelulusan untuk dilaksanakan.



“Benda ni dulu pernah ada rekod buruk dimana ada orang pernah jatuh tetapi mereka masih berani jalankan aktiviti ini?,” soal pengguna di ruangan komen.

Bagaimanapun, penganjur kepada aktiviti tersebut, Rentas Adventure tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut bahawa ia menepati piawaian yang ditetapkan.



“Beban minimum yang boleh dipikul untuk kabel zipline ini adalah kira-kira 100 kilonewton bersamaan (10,197 kilogram). Berkaitan helmet pula, ia bukanlah standard meskipun terdapat beberapa tempat di Malaysia yang mengamalkannya.





“Perkara itu terpulang. Kebiasaannya helmet disediakan apabila terdapat elemen zipline yang memerlukan peserta berjalan dari satu poin ke satu poin yang lain di mana ada risiko objek jatuh,” katanya menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 15-11-2022 11:11 AM
Bagus dik... Tanpa helmet ini cara paling cepat mati katak... Body parts lain ko check in hospital jah unless organs penting cedera teruk boleh sebab kematian
Quote KamikuP 15-11-2022 11:18 AM
Wow terkesima meolss.. cara jawab dah mcm adik2 peponen sgt.. sentap ke dekk?
Quote lightheaded67 15-11-2022 11:18 AM
ni niaga nk jimat bajet ni, untung dan glemer nk banyak. lantak kome ler
Quote esbok 15-11-2022 11:19 AM
Kalau dia rendah diri dan tak berwakanda, rasa boleh duduk bincang lagi. Business ko ni bang. Kalau ada orang mati tempat ko tu esok, terus kene tutup lagi naya bang. Kau ambik je la input orang tegur.
Quote hyie 15-11-2022 11:20 AM
ummah memang suka buat perbandingan dengan mat salleh ye? as if mat salleh tu adalah golongan terpaling maju yang perlu menjadi ikutan seantero dunia girtuh. Sama juga macam ummah ereb yang diagung2kan acik2 lebai walhal nan hado jah perangai theyols.
Quote Samerosie 15-11-2022 11:26 AM
Dwdrum replied at 15-11-2022 11:11 AM
Bagus dik... Tanpa helmet ini cara paling cepat mati katak... Body parts lain ko check in hospital j ...

The photo tu kan derang ambil dari shutterstock.  Gambar2 lain baby ni you can see the height tak tinggi maybe one or one half meter je dari tanah.  Pandai la derang esok2 ada accident budak2 underage baru padan muka.
Quote airfilterkotor 15-11-2022 11:27 AM
Unless, ada 7 kitaran nyawa.
Quote JunkMail 15-11-2022 11:31 AM
Alahai...zipline kanak-kanak mana nak sama dgn zipline org dewasa..macam kau cakap lah, kerusi keselamatan kanak2 org tua tak perlu guna. Konsepnya lain. Kau nak buat zipline mesra kanak-kanak silakan, tapi jgn lah gunakan zipline yg sama dgn org dewasa.. tu bodoh namanya .

Bila org tegur banyak pulak alasan kau.
Quote airfilterkotor 15-11-2022 11:34 AM
Penganjur ni daa sama pangai macam setajah kutu.
Lagi diusik lagi bingit bunyik dia.
Quote noor2 15-11-2022 11:37 AM
Moga ummah bodo yg nk mati cepat sekeluarga boleh la support bisnes mamat ni....
Quote AcikBuncit 15-11-2022 11:45 AM
Dia boleh pulak tulis "apa hazard yang ada?"

Ya allah.. Kurniakanlah kesabaran kepada diriku ini melihat manusia2 tolol begini.. Tahan hatiku Ya Allah..
Quote Samerosie 15-11-2022 11:48 AM
AcikBuncit replied at 15-11-2022 11:45 AM
Dia boleh pulak tulis "apa hazard yang ada?"

Ya allah.. Kurniakanlah kesabaran kepada diriku ini me ...

Nampak sangat memang tak de safety awareness.  Semua task kena ada risk assessment la operator bongoks.
Quote namieamuro 15-11-2022 11:58 AM
Edited by namieamuro at 15-11-2022 11:59 AM

nk sgt amek cth omputih. kalau tgk omputih tu bertali2 die buh kt bdn. tali backup pn hado. yg ni 1 je. kalau putus lgsg takde backup.

so mmg tak penting la pakai helmet? bagus. i doakan ade kecelakaan yg buat tempat ni bungkus dan blacklist seumor hidup. bongkak sgt. kalau bungkus pn belum tentu si bongkak akan insaf.
Quote arm_band 15-11-2022 11:58 AM
ok then. kita serahkan kepada natural selection je lahhh. kita tengok siapa yang kenaaaaa
Quote jari10 15-11-2022 12:02 PM
AcikBuncit replied at 15-11-2022 11:45 AM
Dia boleh pulak tulis "apa hazard yang ada?"

Ya allah.. Kurniakanlah kesabaran kepada diriku ini me ...

Paling tolol juga ada ummah yg still support operator ni.. sudah pernah ada eksiden kan beberapa tahun lalu (ke tahun lepas?) Yang itu operator ni x nak ulas pulak ya (ke dah ada dia ulas di mana2?)
Quote UMMI_MAI 15-11-2022 12:17 PM
SOP masa apply lesen memang kata tak perlu pakai helmet ke ? Buduh beno agensi yg meluluskan lesen
Quote airfilterkotor 15-11-2022 12:19 PM
Jadi tidak sepatutnya timbul isu keselamatan tapi yang sebenarnya adalah isu PERSEPSI.


Fuyyoo.
Semoga netijen-netijen mendapat manfaat dari kata-kata tersebut.
Quote Suchi 15-11-2022 12:27 PM
Penganjur tu dah satu hal, yg mak pak jadah apa nk cipta kenangan bersama anak dgn main menda2 yg mengundang bahaya gituh?


Quote CiliPadiSedap 15-11-2022 12:36 PM
dulu kan ada viral bungee jumping jatuh lepas tu cedera

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.055133 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top