Seorang lelaki warga emas menerima padah apabila memasukkan tali skipping (lompat tali) ke dalam zakarnya, menyebabkan ia tersangkut ke dalam pundi kencingnya.
Insiden berlaku pada lelaki berusia 79 tahun dari Jepun, membabitkan tali skipping berukuran 90 inci. Setakat ini, pihak doktor menjelaskan bahawa mereka tidak pernah melihat apa-apa yang lebih 'ekstrem' daripadanya. Tali tersebut tidak mempunyai pemegang, tetapi sepanjang lebih dua meter dan agak nipis, serta ia tersimpul di dalam pundi kencingnya.
Ini bermakna pihak perubatan tidak dapat mengeluarkannya dalam keadaan biasa. Mereka terpaksa membuat lubang di bahagian pundi kencingnya untuk mengeluarkan tali melalui pembedahan. Memetik laporan Mail Online, lelaki itu pada mulanya ke Universiti Perubatan Dokkyo bagi mengadu berasa seperti 'terbakar' ketika membuang air kecil. Pegawai perubatan kemudian menjalankan x-ray, di mana mereka mendapati terdapat benda asing bergelung seperti wayar. Dan lelaki itu pada mulanya tidak mengaku telah memasukkan tali tali tersebut ke dalam alat sulitnya. -CARI Sumber: mStar/ Daily Star
|
shernazz replied at 16-11-2022 01:14 PM
Dia ingat zakar dia boleh skipping juga kah?
ADVERTISEMENT