View: 787|Reply: 9
|
Lelaki Tua Masukkan Tali Skipping 90 Inci Dalam Zakar, Pundi Rasa Nak Terbakar Masa Kencing
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki warga emas menerima padah apabila memasukkan tali skipping (lompat tali) ke dalam zakarnya, menyebabkan ia tersangkut ke dalam pundi kencingnya.
Insiden berlaku pada lelaki berusia 79 tahun dari Jepun, membabitkan tali skipping berukuran 90 inci.
Setakat ini, pihak doktor menjelaskan bahawa mereka tidak pernah melihat apa-apa yang lebih 'ekstrem' daripadanya.
Foto: Creative commons
Tali tersebut tidak mempunyai pemegang, tetapi sepanjang lebih dua meter dan agak nipis, serta ia tersimpul di dalam pundi kencingnya.
Ini bermakna pihak perubatan tidak dapat mengeluarkannya dalam keadaan biasa.
Mereka terpaksa membuat lubang di bahagian pundi kencingnya untuk mengeluarkan tali melalui pembedahan.
Memetik laporan Mail Online, lelaki itu pada mulanya ke Universiti Perubatan Dokkyo bagi mengadu berasa seperti 'terbakar' ketika membuang air kecil.
Foto: Creative commons
Pegawai perubatan kemudian menjalankan x-ray, di mana mereka mendapati terdapat benda asing bergelung seperti wayar.
Dan lelaki itu pada mulanya tidak mengaku telah memasukkan tali tali tersebut ke dalam alat sulitnya. -CARI
Sumber: mStar/ Daily Star |
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa la ko acik buat bnda pepelik |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ingat zakar dia boleh skipping juga kah? |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 16-11-2022 01:14 PM
Dia ingat zakar dia boleh skipping juga kah?
Nk kuruskn zakar kot |
|
|
|
|
|
|
|
Motif? Nak bg lg panjang atau ikat bentuk riben kt kepala... |
|
|
|
|
|
|
|
Why?? Ni berita paling aneh hari ni |
|
|
|
|
|
|
|
No no no.. zakar ko takkan berubah dari micropenis kepada memanjang bertambah inci bila ko buat aktiviti sebegini |
|
|
|
|
|
|
|
primarikey replied at 16-11-2022 01:29 PM
Nk kuruskn zakar kot
Entah mcmana lah dia buat exercise kan...
Tabah brtul |
|
|
|
|
|
|
| |
|