CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengundi Muda Tak Kisah Isu 1MDB & Mata Wang Jatuh, Lebih Memikirkan Macam Mana Nak Cari Duit

15-11-2022 06:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1620| Komen: 18

Pengundi muda yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini tidak terlalu memikirkan tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau nilai mata wang ringgit jatuh.


Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Parlimen Lipis, Aishaton Abu Bakar sebaliknya berkata, di tempat yang ditandinginya pengundi muda lebih memikirkan tentang bagaimana mahu mencari kerja atau wang dan itu merupakan idea baharu yang ditawarkan oleh pihaknya kepada mereka.


Program Sinar Live bertajuk ‘Jangan Harap Pengundi Muda; menampilkan (dari kiri) moderator, Fahiz Ariff, Fakrunizam, Aishaton dan Ahmad Jufliz yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin.


"Kalau lihat di Lipis, kebanyakan anak muda keluar berhijrah mencari kerja sebab (di Lipis) tak ada peluang pekerjaan. Jadi, Lipis ini sudah menjadi bandar orang pencen, tak ada orang muda.

"Sebab kalau duduk di kampung boleh cari makan apa? Habis-habis minta dengan ibu bapa. Jadi, ramai anak muda keluar dan mereka (sebenarnya) mengharapkan seorang calon muda yang boleh membawa naratif baharu kepada mereka (tetapi) mereka rasa hampa.

"Sebab kebanyakan parti yang bertanding ini masih lagi mengekalkan calon-calon dah lama, yang kitar semula," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program Sinar Live dikendalikan oleh Fahiz Ariff yang bertajuk 'Jangan Harap Pengundi Muda' disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Isnin.

Turut menjadi panel ialah calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi Parlimen Sungai Buloh, Ahmad Jufliz Faiza dan calon Perikatan Nasional (PN), Parlimen Raub, Datuk Mohd Fakrunizam Ibrahim.

Parlimen Lipis menyaksikan pertandingan empat penjuru menyaksikan Aishaton bakal menentang Datuk Mohamad Sharum Osman (PN), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (PH) dan Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (BN).

Tambah Aishaton, dengan kemunculan Pejuang, ia juga memberi nafas baharu kerana menawarkan calon muda sepertinya bertanding di kawasan berkenaan.

"Dibandingkan dengan ketiga-tiga calon tersebut, saya lebih muda. Kalau kita lihat bahawa penawaran calon wanita juga agak kurang.

"Bila kita ada calon wanita (dan) calon yang lebih muda daripada semua calon, jadi mungkin naratif menarik pengundi-pengundi muda itu untuk mengundi kita," ujarnya.


Sumber: Sinar Harian






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 15-11-2022 07:09 AM
ini betul.... asyik ulang mdubo mdubo muakkkk
padahal konon perisik malaysia sgt hebat jho low dikatanya dah jd beruang
Quote venom1 15-11-2022 07:17 AM
betul..golongan muda sekarang fikir nak cari pekerjaan dan duit sebab dunia sekarang it's all about money. nak dating sekarang pun koman2 kena ada RM100.
Quote Lentera 15-11-2022 07:52 AM
Lepih hutan je kot. Memang la tak sesuai nak fikir bab ekonomi negara
#donekecam
Quote Simunggu 15-11-2022 07:54 AM
BN yang banyak membantu & tak lokek bagi duit..kena PH mampus kau semua belanja kena potong
Quote ladybugz 15-11-2022 08:12 AM
takyah berharap la kat mana2 kerajaan pun yg naik. semua kebanyakkannya kroni2 jah yg dpt duit. kalau sidap tu naik confirm makin naik tocang la geng2 dia kebas mcm2. tgk penang pun dah tau, tanah rezab masjid pun nk dihambik. kalau dpt kat sipas pun habis semua balak harta bumi projek dpat kat sidap jugak akhir2nya tambah pulak bekap dari sikuning. kalau sipakr tu pun ibarat bagi sidap je jd PM. so in the end, takyah berangan sgt mana2 kerajaan yg naik tu akan bg kat rakyat apa2, kita sendiri la kena usaha cari peuang dan buat peluang sendiri. that is the reality.
Quote elzy 15-11-2022 08:13 AM
Berkempen secara rational, plan hala-tuju negara.. Negara dilanda masalah ekonomi, kos sara hidup carilah jalan penyelesaian.. Ini tidak balik-balik personal attack, muak betul!
Quote Nurdianah 15-11-2022 10:03 AM

Quote kakikuDibibirmu 15-11-2022 10:06 AM
AbukRokok replied at 15-11-2022 07:09 AM
ini betul.... asyik ulang mdubo mdubo muakkkk
padahal konon perisik malaysia sgt hebat jho low dikat ...

Ada yang kata berjalan macam seladang
Quote copy_paste 15-11-2022 10:38 AM
pengundi muda kebanyakan sokong PH, konon nk cari duit, pigi la
Quote white_musk 15-11-2022 10:50 AM
Program Skim Latihan 1 Malaysia dah tak ada ke?

oh ya lupa pula, Najib pun budak2 ni sumbat dalam penjara jadi tak ada sesiapa nak bela dan tolong..
Quote aHoi83 15-11-2022 11:46 AM
Takde sekot pun politician yg berkempen membentangkan hala tuju malaysia, cadangan and langkah pemulihan menghadapi ekonomi. Masing naik pentas pegang mic , duduk dpn komputer menaip sambil mengutuk pihak lawan sambil2 memuji diri sendiri
Quote asudau 15-11-2022 12:08 PM
duk lipis, keje plak gomen, duduk plak umah mak bapak...so heaven gitu
Quote Kak-Rohana 15-11-2022 12:14 PM
Semua same ol.. same ol dek. Sebab tu akak cakap…
Kalau gomen undi BN.
Kalau lebai/ostezah undi PN.
Kalau swasta, liberal, etis, LGBTQIplus undi je PH!
Yg bayor bonus/gaji korang bukan gomen.. kompani jugak. Yg dpt duit raya staff gomen.. swasta tetap la haus dek..merayu tabong KWSP dek!
Quote vespa_oren 15-11-2022 02:48 PM
Nurdianah replied at 15-11-2022 10:03 AM


no jobs
no hope
&
no cash

ingat zaman muda dulu
Quote mamajawie 15-11-2022 03:26 PM
copy_paste replied at 15-11-2022 10:38 AM
pengundi muda kebanyakan sokong PH, konon nk cari duit, pigi la

bodonye sedangkan 22 bulan banyak hauk sana sini..tu benda paling senang maternity leave 3 bulan konon dorang nak gubal balik ujung2 time mail sabri baru umumkan tu pun 1st september..lehenet

Quote Suchi 15-11-2022 05:31 PM
Nak goyang kaki sambil dapat duit takpun makan dan makan,post video kat tiktok, dapat naik keta ferrari
Quote Adrif 15-11-2022 07:40 PM
family I tahun ni, bila check tempat mengundi

SPR campak 5 daripada 7 orang, ke negeri lain.

kami dok utara, tapi tempat mengundi kat selatan nun. mau 5-6 jam drive baru sampai. ape ke hal ntah.. alamat rumah lain, tempat didaftarkan lain. lari budget, plus, mak ayah aku dah tua, mana larat nak travel lama gitu. plus, baru lepas operation. memang idok lerr nak mengundi tahun ni

yang penting, kitorang dah ready bahan2 dapur untuk tahan at least 2 minggu
kedai banyak dah start licin takde barang. orang politik beli buat goodies bag
Quote rashiman 15-11-2022 10:29 PM
white_musk replied at 15-11-2022 10:50 AM
Program Skim Latihan 1 Malaysia dah tak ada ke?

oh ya lupa pula, Najib pun budak2 ni sumbat dalam p ...

Dulu zaman najib gomen ujudkan SL1M utk graduan2 yg belum mendapat kerja utk menimba pengalaman kerja di sykt2 terpilih oleh gomen. Diberi elaun RM1,500/bln dan nak dinaikkan RM2,000/bln. Ada yg diserap masuk kerja.
Tapi budak2 nie pilih kerajaan baru sebab lebih tertarik dgn penghapusan PTPTN, penghapusan tol dan minyak pulak hanya rm1.50/liter utk budak nie seronok berjalan2....

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.147685 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top