Zul Huzaimy memohon maaf secara terbuka hari ini gara-gara tindakannya terlepas cakap pernah berniat mahu menyembelih orang bukan Islam.
Pelakon yang juga penyokong Pas itu dikatakan mengeluarkan kenyataan tersebut sewaktu menjadi panel dalam sebuah ceramah di Kemaman pada 4 November lalu. Pelakon yang dikenali dengan watak antagonis, Spark dalam filem Remp-It memuat naik video permohonan maaf berdurasi tiga minit 21 saat tersebut di laman Instagramnya.
Dia bagaimanapun menafikan dakwaan dirinya terlalu ekstrem hingga membuat kenyataan kontroversi tersebut. “Jangan salah anggap hanya berdasarkan klip video pendek itu kerana ia menggambarkan kenyataan yang kurang tepat. “Apa yang saya sebut ialah orang bukan Islam (kafir zimmi) wajar dijaga sebaiknya kerana mereka juga menyokong pemerintahan Islam di negara ini. “Ada pun kafir harbi (yang disebut dalam video ucapan) adalah musuh Islam yang nyata, maksud saya di sini ialah non Muslim (bukan Islam) yang benci Islam, suka perkauman,” katanya. TikTok & IG Zul Sehubungan itu, Zul Huzaimy berharap kenyataannya yang disiarkan dalam klip video tersebut tidak disensasikan dan ditafsir sebagai ucapan berunsurkan kebencian. Sumber: KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT