Goh Liu Ying ialah pemain badminton Malaysia. Dia disenaraikan antara 10 pemain beregu campuran terbaik di dunia bersama pasangannya, Chan Peng Soon. Mereka jua pernah memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Musim Panas 2016.
Meninjau dalam satu portal di Indonesia, Intepseleb turut mengulas mengenai kecantikkan Goh Liu Ying yang dikatakan persis selebriti korea. Malah bukan itu sahaja, dia juga turut dipuji kerana mempunyai pelbagai pencapaian dalam sukan badminton yang boleh dibanggakan. Sebagai makluman, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai pemain badminton sejak berusia 10 tahun dan kini, dia tersenarai antara 10 pemain beregu campuran terbaik dunia.
Bukan sahaja meminati sukan badminton, Goh Liu Ying sememangnya cukup menggemari sukan lain dan dapat dilihat dari laman Instagram @gohliuying, dia sering berkongsi aktiviti bermain golf dan juga renang. Melihat di Instagramnya, Goh Liu Ying banyak berkongsikan gambar-gambar aktiviti sehariannya. Malah gambar tersebut seringkali mendapat pujian dari netizen dan peminantya. Malah dia juga turut dipuji kerana dilihat sesuai mengenakan apa jenis pemakaian tidak kiralah pemakaian tersebut formal, tidak formal, mahupun pemakaian yang berunsurkan tradisional. Sumber: Murai |
ADVERTISEMENT