CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cukuplah Empat Anak, Adira Suhaimi Dah Ikat Peranakan

10-11-2022 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1625| Komen: 7

Adira Suhaimi mendedahkan telah melakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau ‘ikat’ peranakan selepas melahirkan anak keempat.

Menurutnya, walaupun mengikut hukum Islam perbuatan mengikat peranakan adalah haram, tindakan tersebut diambil adalah untuk mengambil kira faktor kesihatannya.

Foto: IG

“Saya dah BTL atau ikat, bukan potong ya. Sebabnya saya dah empat kali caesarean section (kaedah bersalin melalui pembedahan) dan mungkin akan ada risiko.

“Tapi sebenarnya kalau ikutkan betul haram kalau nak ikat. Cuma atas sebab-sebab yang tertentu serta nasihat doktor, saya dan suami bersetuju untuk melakukannya,” katanya.




Tambah pelantun lagu Pujaan Hati ini, memiliki empat cahaya mata sudah cukup untuk melengkapi kehidupannya.

“Cukuplah dua perempuan, dua lelaki. Alhamdulillah, saya fokus yang empat-empat itu sajalah dengan kerjaya.

“Saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang ini, mahupun dari segi kerja dan anak-anak terutamanya,” ujarnya yang ditemui di sidang media Body Flasshh di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur.




Sementara itu, Adira memberitahu dia gemar akan nama-nama anak yang ringkas dan mudah untuk diingati.

Untuk rekod, Adira dan suami, Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red telah mendirikan rumahtangga pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KirazMevsimi 10-11-2022 11:37 AM
uiii 4 kali bedah. moga bahagia adira, sihat, selamat segala urusan. moga anak anak membesar dengan baik. suara sedap, harap ada rezeki kluor lagu baru ye
Quote miss_perfect 18-11-2022 08:15 PM
Memang haram eh kalau ikat peranakan? So kalau lelaki, buat vasectomy tu haram jugak ke?
Quote DragonSari 18-11-2022 08:19 PM
Aku suka dia ni. Ambk laki org tp diam2 x merempan
Quote rayna_raynes 18-11-2022 10:03 PM
miss_perfect replied at 18-11-2022 08:15 PM
Memang haram eh kalau ikat peranakan? So kalau lelaki, buat vasectomy tu haram jugak ke?

Haram kalau takde sebab, saja2 nak buat sebab dikira mengubah ciptaan.

Tak haram kalau atas faktor kesihatan
Quote sarukhan 18-11-2022 10:27 PM
Patot laki hang la yang ikat peranakan dia..
Quote jejarihalus 18-11-2022 10:30 PM
DragonSari replied at 18-11-2022 08:19 PM
Aku suka dia ni. Ambk laki org tp diam2 x merempan

Betul X Ada over
Quote fairiza 19-11-2022 12:06 AM
Adik ipaq aku dah ikat 10 thn lepas kalau x silap alih2 peknen gak hahahah adoiii nasibla xde anak pompuan tup tup ni nampak gaya anak pompuan.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.136835 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top